Sejak sebulan 2 ni Harith selalu mintak kita peluk dia. Tak kira masa dan tempat. Tiba-tiba jer dia cakap "peluk la abang bu" kakadang tu " sayang la abang bu" dan ada jugak "nak sayang ibu" (sayang tu maksudnya cium)
Dah lama dia tak mintak kita peluk atau cium dia. Kalau tak silap last dia suruh kita peluk dan cium dia masa umur dia 3 tahun. Masa tu kita kat dapur, dia tarik baju kita dan mintak kita peluk dia.
Adakah semua ini kerana kita terlalu sibuk sampai takde masa nak bermanja-manja dengan anak sampai anak mintak dipeluk dan dicium?
Bila dalam perjalanan nak pergi dan balik kerja tu selalu jugak terfikir, kurangkah perhatian kita pada anak-anak sampai mereka terpaksa meminta untuk mendapatkan belaian kita.
Adriana pun sama, selalu minta kita peluk dia. Masa tidur pun sama, seboleh-bolehnya dia nak tidur dengan kita atau kita kena tidur dengan dia.
Permata hati kita |
Bila anak-anak gembira, hati ini pun turut gembira |
Macam-macam aksi |
Tapi apa yang kita perasan sekarang ni kita rasa badan selalu tak bermaya. Mungkin disebabkan perjalanan dari rumah ke tempat kerja yang agak jauh membuatkan kita menjadi lesu.
Mana taknya, kita dah beberapa kali rasa nak berhenti kerja sebab rasa tak larat nak berulang. Tapi macam tak berbaloi pulak kalau nak berhenti kerja. Orang lain punyalah nak kerja, kita pulak nak berhenti....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan