Selagi tak habis Syawal, selagi tu la ada jamuan raya. Kadang-kadang dah masuk bulan Zulkaedah pun masih ada yang buat jamuan raya lagi, tak sempat katanya nak buat bulan Syawal, betul tak?
Maka berseronoklah kepada sesapa yang dapat makan untuk jamuan raya tu. Tapi awas!!!! Jangan terlebih makan, nanti tak muat pulak koleksi baju dalam almari tu macam kita ni...hehehe.....
Hari Isnin ari tu kat MPOB ni (tempat kita kerja ni la) buat jamuan raya. Biasanya kami ambik pot kat dalam dewan, tapi hari tu nak alih angin sikit kami duduk kat khemah luar.
Menu tahun ni adalah nasi briani, laksa johor, rendang daging, lemang, kambing golek dan macam-macam lagi la. Boleh dikatakan setiap tahun jamuan raya kat MPOB ni gunakan khidmat catering D'Saji.
Ok, layan gambar la pulak.......
|
Kami beramai-ramai nak ke jamuan raya |
|
Bergosip dulu sebelum ambil makanan...hehehe |
|
Kak Zaini, Kak Nita, Pek Lan dan Grace |
|
Kita dan Katie |
|
Punyalah panjang beratur nak ambil makanan |
|
Masing-masing dah dapat makanan |
|
Grace, Katie dan Iza : Tengah beratur nak ambil cendol |
Hari ni ada lagi jamuan raya (makan lagi.....hehehe...). Kali ni jamuan raya group pulak (Group Genomics). Nanti kita update ye....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan