Nuffnang Ads

Isnin, 16 Mei 2011

Tepati janji

Minggu lepas anak-anak kita ada exam dari hari Isnin sampai hari Khamis. Sebelum exam tu dia orang ada buat permintaan nak tengok wayang. Disebabkan dah nak exam, maka ditangguhkan dulu permintaannya itu.

Ingatkan mereka dah lupa, rupa-rupanya mereka masih ingat lagi. Jadi semalam (Ahad) terpaksalah menunaikan janji itu.

Kebetulan kita ada satu tiket wayang free, maka boleh la gunakan tiket yang free tu. Tapi masalahnya tak ada cerita yang agak sesuai untuk tontonan anak-anak.

Bincang punya bincang akhirnya kami jadi jugak tengok wayang citer "Thor". Harith memang enjoy tengok citer tu tapi Adriana adalah agak bosan tengok citer tu. Dia habiskan masa dengan makan pop corn jer. Satu pop corn yang besar tu dia sorang jer yang habiskan.....

Takpe la....yang penting kita dah tunaikan permintaan mereka untuk tengok wayang.....

Tiada ulasan: