Nuffnang Ads

Ahad, 10 Julai 2011

Transformers

Korang dah tonton ke transformers yang baru keluar kat wayang baru-baru ni? Kalau korang tak tengok lagi kita saje la nak eksyen kat korang sebab kita dah pergi tonton citer tu.

Hari Jumaat kan kita cuti, jadinya kita dan Sayang bawa anak-anak pergi menonton wayang di GSC Terminal One sana. Nak tengok kat TGV Jusco, takut takde parking sebab ada J Card Members' Day. Lagipun malas la nak bersesak-sesak kat Jusco tu.

4 tiket untuk kami sekeluarga

Tengok betul-betul ye, Transformers......

Beli pop corn dan minuman (untuk Adriana sebenarnya sebab dia tak berapa suka tengok wayang ni). Tak nak dia kacau kami menonton, bagi jer makanan kat dia.


Dalam panggung. Kami pilih seat yang paling belakang sekali.

Tiada ulasan: