Penatnya hari ni.......Nak nangis rasanya.....(kita kan memang cengini, penat pun boleh nak nangis......over......).
Kita bercuti rehat dari hari Isnin ari tu. Cuti untuk cuti-cuti Malaysia bersama anak-anak dan suami. Pasal tu kita citer kemudian ye. Kita skip dulu pasal citer cuti-cuti Malaysia tu. Hari ni kita memang masih bercuti lagi. Memang apply cuti 3 hari dari 18/12 - 21/12.
Tapi kalau takde apa-apa hal kita nak cancelkan cuti hari ni, tapi tak kesampaian sebab ada banyak benda yang nak dibereskan. Kita tengah mem'bizi' uruskan pertukaran sekolah anak-anak kita. Ingatkan proses pertukaran sekolah ni boleh diselesaikan dalam masa sehari, tapi tidak.
Semalam, sesampai jer ke rumah dari bercuti-cuti Malaysia kita terus ke sekolah baru anak-anak kita untuk tahun depan (Sek. Keb. Lavender Height, Taman Bandar Senawang). Setelah tanya itu dan ini serta isi borang apa yang patut, pergi pulak sekolah lama (Sek. Keb. Senawang). Pihak sekolah Senawang tak dapat nak sediakan dokumen yang patut untuk pertukaran anak kita sebab orang yang boleh sain borang tu takde. Maka hari ni kita kena teruskan misi untuk pertukaran sekolah tu.
Pepagi lagi dah telefon sekolah Senawang tanya segala dokumen untuk pertukaran anak kita dah siap ke belum. Pukul 10.30 macam tu kita ke pergi ambil segala dokumen tu untuk di hantar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Kita dah ambik nombor giliran masa tu, baru perasan ada nota kat kaunter tu suruh sediakan beberapa dokumen untuk urusan pertukan sekolah.
Ingatkan hanya serahkan surat dari sekoleh jer, rupa-rupanya kena sertakan sekali salinan surat beranak anak, salinan kad pengenalan ibu dan ayah dan salinan surat nikah. Nasib baik la kita ada bawak dokumen asal tu cuma nak pergi fotostat jer.
Setelah dah buat salinan semua dokumen tu kita pergi semula kat PPD dan ambik nombor giliran yang baru. Punya la ramai orang kat PPD hari ni dengan macam-macam urusan. Dah selesai urusan kat PPD ni hantar pulak surat yang telah disahkan tu ke sekolah baru (Sek. Keb. Lavender Height).
Lepas tu nak uruskan pendaftaran Kafa pulak. Seharian cuti kita adalah untuk uruskan benda-benda ni....Penatnya......Selalunya Sayang yang drive, hari ni kita sesorang jer yang kena uruskan sebab Sayang kerja.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan