Nuffnang Ads

Jumaat, 2 Disember 2011

Korang pernah tak?

Korang pernah tak tetiba rasa rindu sesangat kat anak-anak atau suami korang masa kat tempat kerja? Padahal baru jer beberapa jam tak jumpa. Mesti korang kata kita over kan?

Kalau pergi berkursus tu, lain la......memang sah-sah la rindu kan?

Nak kata baru kawin, memang tak la....Kalau baru kawin tu, standard la rindu-rinduan ni.....Ni dah 7-8 tahun kawin perasaan rindu tu masih menebal. Apakah makna semua ni......ececehhhhhh.......Adakah minta untuk dibelanja atau dibawa berjalan-jalan?


Best sangat perasaan rindu-merindu ni kan.....Terasa macam zaman bercinta pulak. Ni yang malas nak tulis ni, ter'flashback' pulak kisah-kisah masa bercinta dedoluuu....(tetiba tersenyum sendiri....blushing muka ai tau.....)

Kalau dah rindu sangat tu korang buat apa? Kalau kita la, terus jer call. Dapat dengar suara pun jadi la......Tapi bila call kalau pasangan kita tu tengah bz dan tak nak layan kita, terus jer sentap atau merajuk sendiri......ntah apa-apa kan?

Gediks pulak nak melayan kerenah macam kita ni kan? Apa-apa pun perasaan rindu-merindui tu masih wujud dalam diri kita ni walaupun dah hampir 8 tahun kita kawin. Motif sebenar entry ni nak bagitahu korang yang tak lama lagi (bulan ni la) kita nak sambut anniversary yang ke 8.

Rindu......
Serindu rindunya......

Hai Sayang......rindu kat kita tak *wink*?


Tiada ulasan: