Nuffnang Ads

Rabu, 21 Disember 2011

Dah jadi acara tahunan

Macam dah jadi acara tahunan la pulak ke MV setiap hujung tahun. Rasanya dah 4 tahun berturut-turut kita ke MV setiap bulan December.

Ini semua gara-gara nak beli perfume. Setiap kali menjelang Krismas kan banyak sale untuk perfume. Seronok sangat kalau shopping perfume masa ni, macam-macam free gift boleh dapat dan terdapat promosi-promosi yang menguntungkan.

Dah lama sebenarnya nak beli perfume Clinique (Happy) ni....baru sekarang tercapai...



Free gift : Maskara & Lip Gloss

Kebetulan masa kita pergi tu ada karnival MPH, so beli la jugak apa yang patut kat karnival tu. Anak-anak pulak sibuk nak mengumpulkan belon.....



Beratur untuk dapatkan belon berbentuk pedang



Adriana pun nak pedang jugak....





Tengok la kita dan Adriana yang over tu....Harith pulak macam takde perasaan....huhuhu....

See.....anak beranak bermulut luas......korang boleh?

Tiada ulasan: