Dah menjadi trend sekarang ni kan, nak buat apa pun semua nak bertema dan ada konsep. Kalau buat sesuatu majlis tu mesti ada bertema dan konsep, contoh majlis hari jadi dan konsep Arabian Night, Safari dan lain-lain lagilah......Itu belum kira lagi dengan tema warna pakaian.
Tapi kita suka jer ikut tema warna pakaian ni. Lagipun tak la payah sangat nak cari kalau setakat tema warna pakaian. Kalau majlis yang kena ikut konsep tu payah la sikit kan.
Sori la kat korang sebab citer yang nak kita citerkan ni memang dah berkurun lamanya. Almaklumjela.....akak ko ni sibuk super duper hujung-hujung tahun ni. Bukan setakat buat research, sekarang ni akak ko ni dah merangkap akauntan tak bertauliah kat sini, cleaner, technician dan macam-macam lagi la.....'multitasking' katanya.....
Ok, kita sambung balik.....Kita nak citer bahawa adik kita yang bongsu telah selamat bertunang pada 27 November yang lalu. Adik kita telah pilih tema warna krim/coklat untuk majlis ni. Dari pakaian, hantaran, goodies bag sampaikan ke khemah semuanya warna krim dan coklat. Kalau majlis dulu-dulu la, takde diherannya tema-tema ni. Sekarang ni macam dah jadi kewajipan pulak nak bertema ni. Kalau tak ikut nanti katanya tak sehati sejiwa......Betul ke?
Adriana bersama Acu nya |
Rupa kita dah macam bibik, tak sempat nak bersiap sebab sebuk di dapur dari pagi sampai petang |
Saje letak gambar Atih bersama adik, kalau tak nanti merajuk pulak..... |
Gambar tak banyak sebab kita adalah super bz kat dapur dan tak sempat nak snap gambar. Tak sempat pun nak ber'make-up'. Kesian kat kita kan? Nak tunggu gambar dari kamera adik ipar, berzaman pulak...... Jadi tempekkanjela apa-apa gambar yang adoooo....
Tapi hari tu memang penat la......Majlis bermula seawal pukul 11 pagi dengan tahlil, doa selamat, cukur jambul Nur Elyana Qistina dan pukul 2 petang baru majlis pertunangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan