Nuffnang Ads

Selasa, 27 Disember 2011

Entry Sentap : Tak sangka....

Rasa kecik hati ni bila dapat tahu 'sesuatu' perkara tu. Tak sangka tanggapan orang kat kita macam tu. Kita rasa bila buat benda tu untuk kebaikan, rupa-rupanya pandangan orang amatlah berlainan dari niat sebenar kita.

Kat sini kita belajar jangan terlalu rapat atau baik dengan orang dan terlalu nak menjaga hati orang sebab kita tak tahu lagi samada orang tu dapat terima apa yang kita buat. Apa yang paling penting pandangan atau persepsi kita tak semestinya serupa.

Mungkin orang tak tahu apa masalah kita dan masalah disebalik segala tindakan kita dan mereka juga takkan cuba nak memahami kita. Malah kita yang seharusnya memahami situasi atau masalah mereka.

Bila hati ni dah tersentuh.......maaflah........kita tak dapat nak jadi macam dulu lagi.......Dah banyak kejadian macam ni berlaku kat kita dan hati ni dah terlalu banyak sangat terluka dengan benda-benda macam ni.......

Tiada ulasan: