Nuffnang Ads

Isnin, 2 April 2012

Setelah 5 tahun

Setelah 5 tahun kita kembali semula ke tempat ni. Bukannya tak suka pergi tempat ni, tapi keadaan tempat itu sendiri yang sentiasa sesak dengan orang dan perjalanan untuk ke sana yang tidak beberapa selesa membuatkan kita berfikir banyak kali.

Memandangkan anak-anak dah selalu sangat kata nak pergi ke tempat yang sejuk, maka ke Cameron Highland la kita. Nak bawa bercuti ke luar negara, rezeki belum mengizinkan. Maka bercuti di dalam negara je la nampaknya. Itu pun nasib baik ada jugak tempat yang sejuk, boleh la filling macam kat luar negara.  

Anak-anak asyik merungut jer dalam kereta disebabkan terasa perjalanan terlalu jauh. Muka Harith sampai pucat menahan dari muntah. Kepalanya pening ikut jalan yang berpusing-pusing.

5 tahun dulu ketika bercuti di Cameron Highland anak-anak tidak sihat, muntah dan cirit-birit. Itu la sebabnya kami fikir panjang sebelum memilih Cameron untuk percutian kami kali ini. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar kali ini.

Dalam perjalanan ke Cameron

Harith dan Adriana keriangan setelah berlama-lamaan di dalam kereta



Harith yang over.....'nak berehat la' katanya

Kita suka sangat dengan deco dalam toilet ni. Pilihan wanrnanya pun cantik


Kita suka dengan deco tempat ni, cantik. Masa pergi 5 tahun dulu tak la secantik sekarang. Boleh jadi sumber inspirasi kita untuk buat deco di rumah sendiri.

Tiada ulasan: