Nuffnang Ads

Jumaat, 2 Mac 2012

Ehem ehem...

Selasa lepas kan kita ke Alamanda. Dah alang-alang kat sana tu lalu pulak depan kedai Famous Amos. Wahhhhh bau cookiesnya begitu sedap sekali. Sampai sekarang masih terbau harumannya dan masih terasa kerangupan dan kesedapan cookiesnya itu.......(imaginasi terlampau)

Kita bukan sesaje nak citer pasal Famous Amos ni tau, citer ada maknaaaaaa ni......ehem ehem..... Beberapa bulan lagi kan kan kan kan.....birthday kita, saje la nak bagi hint kat Sayang yang tahun ni dia tak perlulah susah-susah nak belikan kita handbag, kasut, jam tangan, barang kemas, bunga atau sebagainya kerana kita dah mudahkan kerja dia untuk pilih hadiah birthday kita tahun ni.

Kita tak la demand yang bukan-bukan.......Kalau boleh la.....kita nak hadiah yang macam kat bawah ni.....Boleh tak Sayang......(sambil tersenyum sipu dan tertunduk malu serta kelip-kelipkan mata......bajet muka comel......hehehehe)

Sebelum apa-apa.....kita nak cakap "kita sayang sesangat kat Sayang....." Jangan lupa tau apa yang kita tulis ni......nanti kita remind lagi ye.......hahahaha.......





Ni la muka budak perempuan yang bajet comel tu......huhuhu.....

Tiada ulasan: