Nuffnang Ads

Selasa, 7 Jun 2011

Melaka : 2+1

Percutian kami di Melaka adalah 1 hari sahaja. Percutian yang amat singkat. Anak-anak tak puas nak mandi-manda lagi dah nak balik.

Kita memang nak sangat bercuti di Melaka ni adalah disebabkan nak gunakan voucher untuk buat facial kat Lancome sambil nak beli perfume. Voucher ni kita dapat masa beli perfume Lancome tahun lepas tapi baru tahun ni berpeluang nak gunakannya.

Kita buat facial tu kat Lancome, Jusco Melaka.

Inilah voucher nye.
Lepas buat facial tu, kita mencari-cari pulak perfume. Kita selalunya beli perfume kat Mid Valley, Jusco Melaka dan Parkson Seremban Perade.

Puas jugak la nak pilih perfume yang berkenan di hati dan akhirnya terbekenan dengan yang ini......

Taaaaaraaaaaaaaa.......




Perfume bersama lotion.

Free gift yang kita dapat.
Tapi kita macam tak puas je pergi Melaka kali ni sebab masa yang terlalu singkat ditambah pulak dengan kesesakan lalu lintas yang melampau. Kena repeat jugak ni pergi Melaka lagi.......

Balik ke Senawang dari Melaka adalah memakan masa selama lebih kurang 4 jam. Punyalah jem......Lain kali tak nak la pergi  Melaka masa cuti sekolah, tak enjoy.....Nak pergi makan ikan bakar kat Umbai / Duyung pun tak jadi.....

Tiada ulasan: