Nuffnang Ads

Khamis, 10 Februari 2011

Me : Anak-anak

Kali ni kita nak citer pasal anak-anak pulak. Alhamdulillah, kita dah dapat sepasang. Lepas ni takde la pening-pening pikir nak anak lelaki atau perempuan.

Anak pertama kita bernama Muhammad Harith. Lahir pada 21 Oktober 2004. Kita lahirkan Harith kat Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban walaupun masa tu kita tinggal kat Selangor. Maklumlah, kelahiran pertama mesti nak dekat dengan mak. Kita bersalinkan Harith dalam bulan puasa dan betul-betul time orang nak berbuka. Muak betul nak ganti puasa masa tu sampai terpaksa bayar fidyah sebab tak sempat nak ganti sebelum puasa yang berikutnya.

Sekarang ni Harith dah darjah 1 kat Sek. Keb. Senawang. Kita bersalinkan Harith ni secara ceaserian sebab jalan tak bukak-bukak walaupun dah induce 3 hari dan doktor dah pecahkan air ketuban. Bila air ketuban dah pecah, baby lama-lama lemas la kan. So terus ceaser. Harith ni lahir berat dia 4.2kg. Semua doktor terkejut sebab tak ada sorang pun yang jangka baby kita seberat tu masa check sebelum bersalin.

Lahir-lahir je nurse kasi tengok muka & jantina baby. Pertama kali pandang Harith masa tu kita terus teringat Dato' Muhammad Rahmat (arwah) mantan Menteri Penerangan. Muka Harith sebijik macam dia. Muka 4 segi dan mata sepet.

Seminggu selepas dilahirkan
Kecik-kecik Harith memang tembam. Semua orang suka pegang dia. Bila dah besar je kurus melidi....mungkin penat sekolah dan lagipun dia ada asthma.





Harith ni seorang yang manja dan kuat merajuk. Kalau kena gaya, dia akan baik sangat dengan kita. Dia juga seorang anak yang prihatin. Kalau kita tertidur dulu, dia lah yang tukang selimutkan kita. Dia ni kuat sangat bertanya. Bab-bab soalan cepu mas dari dia tu kita story lain kali ye.

Anak kedua kita ialah Nur Adriana. Lahir pada 23 Disember 2005. Beza setahun je dengan Harith. Dia pun lahir secara ceaserian. Disebabkan monthly check masa pregnant tu kat private, takdelah kena marah sebab jarak kelahiran yang rapat. Adriana lahir lewat 10 hari dari tarikh sebenar. Doktor pecahkan air ketuban jugak, tapi dia masih tak nak keluar. Anak-anak kita ni memang suka duduk dalam perut kita agaknya.

Bila dah beberapa jam dia tak nak keluar, doktor check yang dia dah berak dalam perut pulak, so terus hantar bilik bedah. Adriana lahir waktu malam kat Hospital Putrajaya. Adriana ni tak la seberat Harith, cuma 3.3kg je. Dari lahir sampai sekarang dia seorang yang kecil molek.

Sekarang Adriana belajar kat Tadika Gerak Minda, berhampiran dengan rumah kita.

4 hari selepas dilahirkan






Adriana ni pun anak yang suka memanjakan diri dan kuat cemburu. Dia tak suka kalau kita pegang anak orang lain, kalau Harith duduk dengan kita pun dia akan tolak supaya dia boleh duduk dengan kita. Kat rumah dialah yang akan memeriahkan suasana dengan suara dia yang nyaring tu. Kuat menyanyi dan berlakon. Kalau tak dengar dia menyanyi sehari tu kita dah boleh agak mesti dia demam atau tak sihat.




Shooting

Tak pasal-pasal kita jadi bidan terjun. Kesahnya bermula macam ni......

Sebelum lunch semalam, bos kita suruh prepare untuk buat expt. Mula-mula tu hangin jugak satu badan sebab kita tengah buat kerja dan plan nak buat kerja lain pulak petang tu, tapi tetiba je nak suruh buat expt. Kita memang tak suka buat kerja tanpa perancangan awal ni.

Selepas dia explain, barulah kita tahu yang pihak pengurusan nak buat video korporat. Jadinya expt tadi tu hanya untuk lakonan sahaja, bukan the real expt. Disebabkan ramai lagi staff group kita yang masih berCNY, jadi kita terpaksalah menonjolkan muka ni dalam video korporat ni.

Apasal la tak bagitahu awal-awal, kalau tak boleh la ai ber'make-up' bagai....takdelah nampak pucat lesi jee..tak sesuaiiiii tau...


Tengah setting kamera and lighting


Tengok, punya la pucat muka kita.....

Rabu, 9 Februari 2011

Me : Suamiku

Kali ni nak citer sikit je pasal lakiku. "Mintak izin ye Sayang"

Sayang kita bernama Abdul Mutalib B. Abdul Ghani. Umur dia 3 tahun lebih 'tua' dari kita (pandai-pandailah korang congakkan umur dia). Dia dilahirkan di Sarawak tapi berasal dari Kuala Pilah. Mak dia 'mak mertuaku' berasal dari Kuala Pilah dan arwah abah 'bapa mertuaku' berasal dari Melaka.

Sayang kita ni ada 10 orang adik-beradik (7 lelaki & 3 perempuan) dan dia merupakan anak yang ke 8 (bongsu lelaki) sebab 2 orang lagi bawah dia adalah perempuan.

Sekarang dia bekerja di Sungai Buloh. Tiap-tiap hari tau berulang dari Senawang.....korang boleh? Punyalah dia sayang kat kita......tetiba.....apa motif????

Sayang kita ni memang hebat sebab nama tempat kerja dia pun PERHEBAT (pandai-pandailah korang carik apa itu PERHEBAT), sebuah organisasi di bawah LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera). Takde yang hebat melainkan yang hebat-hebat sahaja kerja kat sana.

Sayang kita ni seorang yang romantik, tak macam kita. Kita tak pandai nak romantik-romantik ni, ai tak reti uuuu.....Dia seorang suami yang bertimbangrasa, pandai ambik hati kita, anak-anak dan keluarga, suka buat lawak dan yang paling penting rajin bantu kita buat kerja-kerja rumah. Cuma Sayang kita ni tak beberapa pandai masak je, yang lain semua tip-top.....Kalau serba-serbi pandai nanti kita goyang kaki la pulakkan.....

Oklah, tu je pasal lakiku. Nanti korang ngantuk pulak bila kita asyik puji Sayang kita je....


 Semasa Harith sebulan lebih



Masa kawin Atih


Raya 2009
Saje tak letak gambar dia sesorang, ai jeles u kalau orang tatap gambar laki ai lama-lama......huhuhuhu....

GROLIER

Korang pernah dengar tak buku terbitan Grolier?

Buku-buku dia dalam bahasa inggeris. Buku-buku dia memang bagus (pada pandangan kita) dan disebabkan kita rasa bagus serta memikirkan waktu kecik dulu kita tak merasa nak ada buku macam tu, kita pun belikanlah untuk anak-anak kita.

Masa kecik dulu kita memang suka membaca. Masa sekolah dulu ada la mintak abah belikan buku cerita, tapi abah ingatkan kita nak komik, jadi abah belikan komik untuk kita sebagai bahan bacaan. Kira ok la jugakkan, ada jugak benda yang nak dibaca.

Bila dah besar sikit, dah pandai beli sendiri barulah kita boleh beli buku cerita yang kita minat. Bila masuk je sekolah menengah dan kat U, buku cerita / novel kita pinjam je dari kawan-kawan, jiiimattttt.....

Jangan tak tahu, masa sekolah menengah (tingkatan 4&5) kita adalah pembaca buku yang terbanyak kat sekolah dan no. 2 terbanyak bagi daerah. Masa tu setiap kali baca buku kita kena tulis dalam satu buku (apa ntah nama buku tu, tak ingat pulak, banyak makan semut kita ni sebab tu banyak benda lupa). Kat buku tu kita kena tulis nama pengarang, watak yang kita suka,watak yang kita tak suka, sinopsis citer yang kita baca tu dan lain-lain la.

Haaa...dah ingat dah, kalau tak silap nama buku tu 'Buku Rekod Membaca' agaknya la.......Disebabkan banyak baca buku, kita dapat hadiah dari pihak sekolah dan daerah (hadiah buku cerita, kamus dan yang seangkatan dengannya). Masa tu Cikgu Nizam bangga betul dengan kita. Kawan-kawan siap kata kita anak murid kesayangan Cikgu Nizam.

Dah melalut lak. Kita nak citer pasal buku terbitan Groiler ni. Tahun 2009 kita ada beli package buku untuk anak-anak yang berumur lingkungan 3-12 tahun. Package buku yang ditawarkan adalah 'Magic English'. Harganya boleh tahan mahal jugak, tapi boleh bayar secara ansuran. Tapi kalau bayar cash boleh jimat dalam RM200 - RM300. Lagi satu kalau bayar cash kita akan dapat percuma lagi 2 kamus. Disebabkan nakkan kamus tu kita bayar cash. Untung.......dapat jimat RM200 - RM300 dan dapat 2 lagi kamus. Kalau bayar cash adalah lebih kurang dalam RM2000.

Package ni jugak ada sertakan buku-buku mengenai pengetahuan am.


Ni lah kamus yang kita cakap tu (The Groiler Children's Dictionary)

Selain buku, 'Magic English' ni menyediakan cd untuk memudahkan anak-anak kita belajar sambil menyanyi. Dalam cd tu jugak anak-anak boleh menjawab soalan dengan menggunakan remote cd. Korang faham tak? Kalau korang tak faham, boleh tanya kita nanti.....

Antara buku & cd yang terdapat dalam package. Rak ni pun termasuk dalam package

Selasa, 8 Februari 2011

Mengidam????

Mengidamkah? Siapa yang mengidam?

Hahahaha....mau gempak entry kali ni...

Saje bikin gempak di petang hari. Sebenarnya nak bagitahu yang kita ada kirim jeruk madu Pak Ali dari Pulau Pinang nun....Kawan kita balik PP masa CNY baru-baru ni. Sebelum ni dia ada bagi rasa jeruk madu Pak Ali ni, sedap tau..Tu yang terasa nak makan lagi tu...

Biasanya bila teringin nak makan benda masam macam jeruk ni orang akan kaitkan dengan mengidam & mengandung, tu yang buat entry gempak ni....

Kita kirim beli jeruk kat dia RM10 je.



Agak-agaknya korang terliur tak tengok jeruk ni.....Sedap......rangup.......nyam nyam nyam....

Tetiba terasa pulak nak letak gambar masa kita pregnant dulu...feeling nak ngandung lagi lak rasanya....



Masa ni berat badan naik dari 43kg-70kg

Senyuman di pagi hari.....

Gembiranya pergi kerja pagi ni......Sejak masuk sekolah (darjah 1) ni, Harith susah betul nak senyum dengan kita waktu pagi. Kebiasaannya setiap pagi dia akan merajuk. Bila dah merajuk tu paham-paham je la kan. Sarapan tak nak, kita nak sikatkan rambut dia pun tak nak, kadang-kadang salam dengan kita pun tak nak. Kalau peluk, lagilah dia tak nak.

Tapi pagi ni mood dia baik sangat. Dia mintak kita belikan kuih kegemaran dia (burger malaysia) laaa korang tak tahu ke apa itu berger malaysia? Kita tak tahu nama kuih tu apa sebenarnya, tapi kita panggil burger malaysia. Kuih yang macam donat tu tapi tengah dia ada sambal ikan bilis dan timun. Haaa dah tau lum? Kalau tak tahu lagi nanti korang pergi la cari kat kedai kuih.

Kat rumah pagi tadi Harith cuma minum milo je, nugget yang kita goreng pagi  ni dia tak nak. Dia mintak cereal (honey star) tapi dah habis semalam, kita lupa pulak nak beli. Nasib baik dia tak merajuk.

Masa hantar kat taska pagi tadi (dia tunggu van sekolah kat taska) dia ajak kita borak. Sebelum ni dia memang suka borak. Sejak masuk darjah 1 ni je pagi-pagi suka merajuk dan bila dah merajuk tu tak bercakap la jawabnya, masa dia tadika dulu ok je...Kita rasa dia tak cukup tidur kot, sebab tu buat perangai pagi-pagi.

Pagi ni dia sendiri yang hulur tangan dulu nak salam dan peluk kita. Bila kereta kita nak gerak je, dia panggil "bye bu......" dengan senyuman yang terindah di mata kita.

Harith ceria, ibu pun gembira....Pergi kerja dengan wajah yang berseri-seri....(kita rasa la berseri, kalau orang tak perasan tu, ada kita kesahhhh) yang penting kita seronok sangat pagi ni.

Gambar ni dia ambik sendiri guna hp kita.




Rasa dia cute sangat buat macam tu.
Kita gembira, korang???

Isnin, 7 Februari 2011

Melentur Buluh....Moga berterusan....

Mendidik dari seawal bayi dilahirkan. Semua ibu bapa mengharapkan apa yang diajar dan pendidikan yang diberikan akan dapat diamalkan secara berterusan.

Begitu jugak kita semasa mengandungkan Harith. Sedari bayi di dalam kandungan kita dah mula mengajar bayi kita mengira. Sebab kita sukakan kira-kira.....Tapi tak jadi akauntan pun......Akauntan untuk keluarga sendiri je...Setiap langkah kita akan kira, masak pun macam tu jugak. Kalau nak goreng cekodok, setiap kali kita nak masukkan dalam kuali tu kita kira, nampak lampu kira, nampak kereta kira dan segala benda yang kita nampak, kita akan kira. Harap-harap anak kita pun suka subjek kira-kira ni.

Tapi apa yang penting, soal agama. Kalau boleh biarlah anak-anak kita mempunyai pengetahuan agama dan mengamalkannya. Sejuk hati kita bila anak-anak dengar cakap, ikut perintah, menghormati orang dan segala yang positif.

Dapat tunaikan solat dah cukup buat kita senang.

Kain sembahyang Adriana ni dihadiahkan oleh Mak Lang nya sempena birthday yang ke 5 tahun. Kita memang nak beli, tapi Mak Lang nya dah hadiahkan dulu. Sebelum ni Adriana kalau nak solat pakai tudung je.


Harith yang tengah kusyuk solat.
Harith ni kalau solat, tak boleh dengar bising sikit terus hilang konsentrasi. Kalau orang bercakap pun dia marah. Takut lupa apa yang dia baca. Tapi dia dah boleh solat sendiri. Adriana pulak masih follow kita setiap kali solat sebab dia masih tak berapa ingat bacaan. Tengah2 solat boleh lak dia bersuara, "kuat sikit bu, tak dengar". Memang kelakar mula-mula solat dengan dia. Apa-apa pun kita doakan agar mereka menjadi orang yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.......