Nuffnang Ads

Rabu, 9 Februari 2011

GROLIER

Korang pernah dengar tak buku terbitan Grolier?

Buku-buku dia dalam bahasa inggeris. Buku-buku dia memang bagus (pada pandangan kita) dan disebabkan kita rasa bagus serta memikirkan waktu kecik dulu kita tak merasa nak ada buku macam tu, kita pun belikanlah untuk anak-anak kita.

Masa kecik dulu kita memang suka membaca. Masa sekolah dulu ada la mintak abah belikan buku cerita, tapi abah ingatkan kita nak komik, jadi abah belikan komik untuk kita sebagai bahan bacaan. Kira ok la jugakkan, ada jugak benda yang nak dibaca.

Bila dah besar sikit, dah pandai beli sendiri barulah kita boleh beli buku cerita yang kita minat. Bila masuk je sekolah menengah dan kat U, buku cerita / novel kita pinjam je dari kawan-kawan, jiiimattttt.....

Jangan tak tahu, masa sekolah menengah (tingkatan 4&5) kita adalah pembaca buku yang terbanyak kat sekolah dan no. 2 terbanyak bagi daerah. Masa tu setiap kali baca buku kita kena tulis dalam satu buku (apa ntah nama buku tu, tak ingat pulak, banyak makan semut kita ni sebab tu banyak benda lupa). Kat buku tu kita kena tulis nama pengarang, watak yang kita suka,watak yang kita tak suka, sinopsis citer yang kita baca tu dan lain-lain la.

Haaa...dah ingat dah, kalau tak silap nama buku tu 'Buku Rekod Membaca' agaknya la.......Disebabkan banyak baca buku, kita dapat hadiah dari pihak sekolah dan daerah (hadiah buku cerita, kamus dan yang seangkatan dengannya). Masa tu Cikgu Nizam bangga betul dengan kita. Kawan-kawan siap kata kita anak murid kesayangan Cikgu Nizam.

Dah melalut lak. Kita nak citer pasal buku terbitan Groiler ni. Tahun 2009 kita ada beli package buku untuk anak-anak yang berumur lingkungan 3-12 tahun. Package buku yang ditawarkan adalah 'Magic English'. Harganya boleh tahan mahal jugak, tapi boleh bayar secara ansuran. Tapi kalau bayar cash boleh jimat dalam RM200 - RM300. Lagi satu kalau bayar cash kita akan dapat percuma lagi 2 kamus. Disebabkan nakkan kamus tu kita bayar cash. Untung.......dapat jimat RM200 - RM300 dan dapat 2 lagi kamus. Kalau bayar cash adalah lebih kurang dalam RM2000.

Package ni jugak ada sertakan buku-buku mengenai pengetahuan am.


Ni lah kamus yang kita cakap tu (The Groiler Children's Dictionary)

Selain buku, 'Magic English' ni menyediakan cd untuk memudahkan anak-anak kita belajar sambil menyanyi. Dalam cd tu jugak anak-anak boleh menjawab soalan dengan menggunakan remote cd. Korang faham tak? Kalau korang tak faham, boleh tanya kita nanti.....

Antara buku & cd yang terdapat dalam package. Rak ni pun termasuk dalam package

5 ulasan:

mekchu berkata...

ada org Grollier dtg promote kat opis.. mmg bagus.. contoh kalau WALK tu dia boleh explain details.. kalau elephant jalan panggil apa, kalau monkey jalan panggil apa.. tapi membayangkan si kecik tu asyik ke mulut je semua buku dia, terus hold dulu..

Hilda berkata...

untuk permulaan ni jangan bagi dia pegang buku dulu, bagi dia tengok cd je dulu. tapi org dr Groiler akan ajar kita mcm mana nak gunakan program tu dengan berkesan. pakej yg kita beli tu ada game sekali.sesuai untuk budak-budak.

CtotHaiza berkata...

Aku pn ada beli utk ank2 aku....tp CD jarang buka tak sempat nak layan le...

Hilda berkata...

Memang pun...budak2 ni ada mood nk tengok benda ni.....sekurang2nya 15 minit tengok pun jadi la...

manz grolier berkata...

tahniah puan...seorang ibu yg hebat yg mementingkan pendidikan awal kini dah sah menjadi customer grolier..

nanti leh share perkembangan anak puan lepas gunakan product dr grolier nih...

leh menjamu mata produk2 grolier di http://easy4kids.blogspot.com

ada nak rekemen kawan2...inform jerk...special gift utk puan :)