Nuffnang Ads

Rabu, 23 November 2011

Konsert

Citer ni memang dah berzaman. Tapi memandangkan banyak sangat kerja beberapa minggu ni maka tertangguh la banyak citer untuk di update.

Adriana telah selamat mengadakan persembahan pada 'Majlis Hari Graduasi, Anugerah Kecemerlangan dan Konsert 2011 Tadika Gerak Minda (TGM)'. Majlis tu telah diadakan di Dewan Ballroom, Kompleks Belia & Sukan Paroi. Semua murid TGM (4 cawangan) telah membuat persembahan pada hari berkenaan.



Persembahan pembukaan 'Selamat Datang'

Kita cukup bangga dengan Adriana kerana tahun lepas dia tak berjaya dapat anugerah kecemerlangan akademik. Tahun ni dia berjaya mendapat anugerah berkenaan sebab dapat nombor 1 ketika peperiksaan akhir tahun.

Masa peperiksaan pertengahan tahun hari tu dia siap nangis-nangis lagi tak nak sekolah kat TGM sebab dia dapat nombor 6 dan cikgu cakap sesiapa yang nak hadiah mesti dapat nombor 1 hingga 4 je. Sedih kita tengok dia masa tu.

Harith masa umur 5 dan 6 tahun (sekolah kat TGM) setiap tahun dapat hadiah kecemerlangan akademik. Adriana pulak masa 5 tahun tak dapat hadiah kecemerlangan akademik sebab dia dapat nombor 5.

Mungkin untuk peperiksaan akhir tahun tu dia bersungguh buat yang terbaik sebab nak kan hadiah tu dan alhamdulillah dia berjaya. Tersenyum jer Adriana masa dapat hadiah tu. Semoga hadiah tu menjadi pembakar semangat untuk dia terus berusaha bagi mencapai kejayaan dalam akademik.



Tengah beratur untuk naik pentas


Alhamdulillah.....dapat jugak hadiah untuk kecemerlangan akademik...


Tersenyum bangga

Masa majlis ni Adriana masuk persembahan Kadet Bomba. Cute sangat tengok dia pakai pakaian seragam Kadet Bomba tu.

Persembahan murid-murid dari TGM memang menghiburkan kita pada hari tu. Cute sangat tengok budak-budak tu buat persembahan.





Kita yang terhibur dengan persembahan murid-murid TGM






Jumaat, 18 November 2011

Kurangkan dosa

Masa kecik-kecik dulu kita jarang sangat sakit. Kalau sakit teruk sikit pun adalah gastrik masa kita darjah 5 ke 6. Setakat demam ni memang jarang la.....

Bila dah masuk sekolah menengah kita selalu jer sakit kepala. Mungkin aktif sangat dengan sukan kot sebab selalu berjemur maka kepala kita mudah sakit. Boleh dikatakan banyak jugak sukan yang kita terlibat bagi mewakili rumah sukan dan sekolah seperti bola jaring, badminton, bola tampar dan yang paling aktif (wakil daerah) bola baling.

Bila masuk U, sakit kepala kita lagi teruk. Ini semua sebab selalu minum air nescafe yang pekat supaya mata tak mengantuk untuk study malam-malam. Kat U jugak kita mula kerap demam dan badan selalu lesu. Ini semua gara-gara kurang makan sebab nak kurus.

Bila dah kawin ni pun sama jugak. Kita selalu sakit kepala, demam dan badan tak bermaya. Untuk sakit kepala tu kita dah buat ct scan (computed tomography) dan EEG (electroencephalogram) tapi semua ok. Doktor sah kan yang kita ada migrane, sebab tu kerap sakit kepala. Bila dah ada migrane ada benda yang kena pantang seperti tak boleh minum minuman berkafein, coklat, tidak boleh cuaca yang terlalu sejuk atau panas, tak boleh stress dan macam-macam lagi la....

Sebulan dua ni kita kerap sakit kepala dan demam. Benda ni terjadi tiba-tiba jer. Kekadang tu kat opis sihat walafiat, bila nak balik kerja je mula la sakit kepala dan demam. Ada tu pulak, pagi-pagi nak pergi kerja sihat, sampai jer opis mula la sakit kepala dan demam.

Minggu lepas kita mc sehari sebab sakit kepala, hari ni kita tak kerja lagi sebab sakit kepala dan demam dari tengahari semalam. Nasib baik thermometer anak-anak ada, boleh la kita check suhu badan kita. Semalam Sayang checkkan suhu badan kita masa balik dari kerja dan bacaannya adalah 38.5oc. Padahal dah makan ubat petang tu.

Kekadang diri ni tertanya-tanya jugak kenapa kita selalu tak sihat, apa yang telah kita buat sampai selalu jer tak sihat. Tapi bila fikir-fikir semula mungkin Allah tu nak hapuskan dosa-dosa kecil kita, maka kita redha walaupun selalu tak sihat. Sebagai manusia, kita dah banyak melakukan dosa-dosa samada kita sedari ataupun tidak.

Oleh itu kita nak minta maaf kepada sesiapa yang mengenali kita jika kita ada menyinggung perasaan, terkasar bahasa, termengumpat, terkata atau sebagainya. Kita akui kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Harap korang semua maafkan kita ye.....(macam ucapan nak raya la pulak.......hehehe....buat lawak sikit supaya tak stress). Tapi kita memang ikhlas nak minta maaf dari korang semua....

Pengantin yang comel

Pengantin yang comel. Eh.....ada ke pengantin yang tak comel? Walau tak cantik mana pun muka kita tu, bila dah jadi pengantin mesti nampak cantik kan?

Minggu lepas kan ramai orang kawin sebab nak ambik tarikh 11.11.11 sebagai simbolik tarikh perkahwinan mereka. Apa-apa je lah......

Kita pun tak ketinggalan untuk pergi kenduri kawin minggu lepas. Ada la 2 rumah yang kita pergi. Kebetulan kedua-dua rumah tu warna tema mereka adalah pink.








Rumah pertama yang kita pergi adalah perkahwinan 2 pupu kita kerana ayah pengantin perempuan tu adalah sepupu mak kita, maka kita dan pengantin perempuan tu adalah 2 pupu. Korang faham tak?

Agak-agaknya lah kalau anak kita dan bakal anak pengantin perempuan tu nanti apa pulak hubungan kekeluargaannya (mungkin kupu-kupu kot.......hahahaha.....mula dah sengal......)

Rumah kedua pun masih lagi 2 pupu kita. Tapi kita tak berapa kenal sangat dengan family ni....So, tiada gambar di rumah kenduri yang ke dua.

Isnin, 14 November 2011

Dah stabil sikit

Saje nak bagitahu korang yang emosi kita dah stabil sikit dari sebelumnya....Mungkin cuti 2 hari dapat menstabilkan emosi kita. Lagipun dapat tengok pengantin yang sangat comel hari Sabtu tu membuatkan kita terasa macam kita pulak yang comel tu.....bluuuwekkkk......

Ok, sebelum emosi korang pulak yang tak stabil, kita stop dulu. Entry pasal pengantin tu nanti kita akan story kat korang ek......sekarang nak gi solat and lepas tu ada kerja yang nak buat.

Jumaat, 11 November 2011

Tak habis lagi...

Kita masih tak habis lagi citer pasal exam Harith. Kecoh betul kita ni kan? Orang lain pun ada anak yang bersekolah jugak, tapi tak la kecoh macam kita ni. Mesti korang rasa kita ni over kan?

Bagi ibu-ibu yang masih belum ada anak-anak yang bersekolah, korang bersedia je la bila anak-anak korang dah masuk sekolah nanti. Korang pasti mengalami perasaan dan kekalutan macam kita (jangan cakap besar tau......korang pasti akan mengalami apa yang kita rasa sekarang ni)

Kali ni kita nak story tentang exam KAFA (Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain) pulak. Exam KAFA kali ni mengubati kekecewaan kita tentang result exam untuk akhir tahun Harith di sekolah kebangsaan.

Alhamdulillah, result KAFA kali ni meningkat dari exam pertengahan tahun tempoh hari. Tapi Harith masih lemah untuk subjek Sirah. Tapi markah kebanyakan subjek adalah 90%. Semalam baru jer dapat rekod kemajuan KAFA. Ramai betul murid dalam satu kelas tu. Kat sekolah kebangsaan, dalam kelas Harith ada 42 orang murid dan kat KAFA pulak ada 44 orang murid. Macam mana la cikgu nak bagi tumpuan dekat setiap orang murid......

Ok la.....tu jer....

Renungan

WALAU TERSIKSA ADA HIKMAHNYA
" Harus ada rasa bersyukur. Di setiap kali ujian menjelma. Itu jelasnya membuktikan, Allah mengasihimu setiap masa. Diuji tahap keimanan. 

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan. Hanya yang terpilih sahaja. Antara berjuta mendapat rahmatNya.

Allah rindu mendengarkan Rintihanmu berpanjangan. Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala takdir. 

Terimalah dengan hati yang terbuka. Walau terseksa ada hikmahnya".






Selasa, 8 November 2011

Nak pergi jauh-jauh.....

Kita rasa nak ambik cuti panjang jer dan kalau boleh nak ambik cuti tanpa gaji supaya boleh pergi jauh-jauh untuk tenangkan fikiran.

Kepala kita rasa serabut sangat beberapa hari ni dan mudah sangat nak mengalirkan air mata. Kadang-kadang rasa macam orang sakit mental jer. Banyak benda yang kita fikirkan. Kalau ikutkan, kita malas nak fikir semua tu. Tapi nanti ada pulak orang kata kita ni tak 'berfikir' dan tak gunakan otak yang telah Allah kurniakan ni.

Ya Allah, kau berikanlah ketenangan jiwa kepada ku supaya aku boleh menghadapi semua ini........Amin......