Masa kecik-kecik dulu kita jarang sangat sakit. Kalau sakit teruk sikit pun adalah gastrik masa kita darjah 5 ke 6. Setakat demam ni memang jarang la.....
Bila dah masuk sekolah menengah kita selalu jer sakit kepala. Mungkin aktif sangat dengan sukan kot sebab selalu berjemur maka kepala kita mudah sakit. Boleh dikatakan banyak jugak sukan yang kita terlibat bagi mewakili rumah sukan dan sekolah seperti bola jaring, badminton, bola tampar dan yang paling aktif (wakil daerah) bola baling.
Bila masuk U, sakit kepala kita lagi teruk. Ini semua sebab selalu minum air nescafe yang pekat supaya mata tak mengantuk untuk study malam-malam. Kat U jugak kita mula kerap demam dan badan selalu lesu. Ini semua gara-gara kurang makan sebab nak kurus.
Bila dah kawin ni pun sama jugak. Kita selalu sakit kepala, demam dan badan tak bermaya. Untuk sakit kepala tu kita dah buat ct scan (computed tomography) dan EEG (electroencephalogram) tapi semua ok. Doktor sah kan yang kita ada migrane, sebab tu kerap sakit kepala. Bila dah ada migrane ada benda yang kena pantang seperti tak boleh minum minuman berkafein, coklat, tidak boleh cuaca yang terlalu sejuk atau panas, tak boleh stress dan macam-macam lagi la....
Sebulan dua ni kita kerap sakit kepala dan demam. Benda ni terjadi tiba-tiba jer. Kekadang tu kat opis sihat walafiat, bila nak balik kerja je mula la sakit kepala dan demam. Ada tu pulak, pagi-pagi nak pergi kerja sihat, sampai jer opis mula la sakit kepala dan demam.
Minggu lepas kita mc sehari sebab sakit kepala, hari ni kita tak kerja lagi sebab sakit kepala dan demam dari tengahari semalam. Nasib baik thermometer anak-anak ada, boleh la kita check suhu badan kita. Semalam Sayang checkkan suhu badan kita masa balik dari kerja dan bacaannya adalah 38.5oc. Padahal dah makan ubat petang tu.
Kekadang diri ni tertanya-tanya jugak kenapa kita selalu tak sihat, apa yang telah kita buat sampai selalu jer tak sihat. Tapi bila fikir-fikir semula mungkin Allah tu nak hapuskan dosa-dosa kecil kita, maka kita redha walaupun selalu tak sihat. Sebagai manusia, kita dah banyak melakukan dosa-dosa samada kita sedari ataupun tidak.
Oleh itu kita nak minta maaf kepada sesiapa yang mengenali kita jika kita ada menyinggung perasaan, terkasar bahasa, termengumpat, terkata atau sebagainya. Kita akui kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Harap korang semua maafkan kita ye.....(macam ucapan nak raya la pulak.......hehehe....buat lawak sikit supaya tak stress). Tapi kita memang ikhlas nak minta maaf dari korang semua....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan