Nuffnang Ads

Khamis, 3 November 2011

Tak boleh nak marah

Kalau ikutkan hati memang nak marah, tapi bila tengok betul-betul maka tak boleh nak marah. Mesti korang tertanya-tanyakan apa ke bendanya yang membuatkan 'ratu marah' ni tak boleh nak marah?

Harith dah dapat result untuk beberapa subjek  (exam akhir tahun). Exam akhir tahun ni soalannya adalah dari Jabatan Pendidikan Negeri. Exam sebelum-sebelum ni result Harith adalah baik (peratusan keseluruhan >90%). Ok la kan kalau peratusan keseluruhan melebihi 90%.

Exam kali ni kita tak pasti Harith dapat capai peratusan keseluruhan lebih dari 90% atau tak. Soalan exam dari jabatan pendidikan untuk tahun satu adalah susah (pada pandangan kita la) sebab bila kita tengok soalan tu macam tak percaya jer sukatan pelajaran untuk budak tahun satu susah macam tu.

Contoh :

Bahasa Inggeris

4 ayat diberikan, pelajar dikehendaki pilih ayat yang mempunyai tanda bacaan yang betul (!, ?, ., dan ,). Macam tak logik jer budak tahun satu dah pandai nak tentukan tanda bacaan yang betul. Setakat noktah, huruf besar tu logik la lagi.

Ada jugak soalan macam ni :

flower                 red
Buat ayat berdasarkan 2 perkataan di atas. Kalau bahasa melayu tu ok la kot, tapi ni bahasa inggeris......

Matematik

Ahmad telah pergi bercuti dengan keluarganya pada hari Sabtu. Dia dan keluarganya telah pulang semula ke rumah mereka 3 hari selepas itu. Hari apakah Ahmad sampai ke rumahnya?

Bahasa Melayu

Budak-budak tahun satu sekarang ni dah kena buat karangan. Kalau tak silap masa kita sekolah dulu, bila tahun 4 baru ada buat karangan.

Soalan dari jabatan kali ni : diberikan 4 gambar
Gambar 1 : bercuti , berkelah
Gambar 2 : pantai, mandi
Gambar 3 : makan, gembira
Gambar 4 : balik

Maka pandai-pandailah budak-budak tu nak buat karangan berdasarkan perkataan yang diberikan.

Semua tu adalah contoh (lebih kurang) macam soalan exam akhir tahun Harith (tahun 1......DIULANGI.....tahun 1.....). Sesapa ada anak tahun 1 yang bersekolah kat Negeri Sembilan ni korang rasa susah tak soalan exam kali ni? (atau kita jer rasa soalan tu susah?).

Mencabar betul solan exam budak sekarang ni. Mak ayahnya pun turut tercabar untuk mengajar anak-anak mereka. Kalau soalan bahasa arab tu lagi la kita pening sebab tak pernah ambik pun subjek bahasa arab. Tu yang sampai telefon sepupu kita yang mengajar bahasa arab tu bila kita dah tak tahu macam mana nak jawab soalan tu. Nak rujuk mana lagi?



Tiada ulasan: