Nuffnang Ads

Isnin, 30 April 2012

Dah ada ciri-ciri

Selepas SPM dulu kita ada jugak la bercita-cita nak jadi akauntan. Kita rasa macam best jer jadi akauntan ni sebab banyak tengok nombor. Lepas result SPM keluar, kita ada jugak apply bidang akaun kat UITM, tapi tak dapat. Kalau dapat, dah pasti kita jadi akauntan sekarang ni....huhuhu......ayat poyo.....

Walaupun tak dapat jadi akauntan yang diiktiraf, kita masih lagi boleh jadi akauntan. Tapi akauntan kat rumah jer la....Seronok tau bila tahu perjalanan duit kita tu....

Sekarang ni kita dah nampak ciri-ciri akauntan tu ada pada anak kita, Harith. Tak tahu la sejauh mana minatnya itu. Tapi apa yang penting ciri-ciri tu dah ada. Korang nak tahu macam mana kita nampak ciri-ciri tu? Jom lihat gambar kat bawah ni.....




Kalau korang perasan, hari Rabu Harith akan letak tanda 'hari bertuah' sebab hari Rabu Adriana ada kelas Tasmik, maka Adriana keluar kelas lambat sikit dan Harith pulak keluar kelas macam biasa. Maka dia boleh main-main dulu sementara Adriana keluar kelas. Lagipun hari Rabu dia takde kelas KAFA. 

Rasa-rasanya la, dari mana dia dapat idea nak buat akaun macam kat atas tu? Bayangkan, budak darjah 2 boleh buat ala-ala 'akaun' macam tu. 

Tapi apa yang kita pelik bila tengok akaun dia adalah pada hari cuti. Kenapa nama kita harus dimasukkan ke dalam akaun dia bila hari cuti....Musykil betul la.....





Bakal jadi akauntan....Insya Allah......


2 ulasan:

Ctot berkata...

Bijak la Harith ni...mcm bdk pompuan ...very the details kan...
Duit ibu yg nak tergelak tu...huhuhu....

Hilda berkata...

Insya Allah....semoga Harith dan Adriana menjadi anak yang bijak.
Tu la, letak 'duit ibu' pulak.....macam la ibu dia jer yang keluar duit, makan hati la ayah dia......huhuhuhu....