Bukan orang je tak sihat, kualiti udara pun boleh tak sihat tau. Hari ni jerebu adalah agak teruk di Bangi. Keluar lunch tadi sampai sakit kepala di buatnya disebabkan jerebu ni.
Kalau korang nak tahu definasi jerebu ni adalah seperti di bawah.
"Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan. Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembentukan jerebu" (Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia).
Bersama-samalah kita menjaga kualiti udara. Elakkan pembakaran terbuka. Kita tak sanggup berada di dalam keadaan kualiti udara yang teruk sebab mudah nak jatuh sakit. Keadaan ini adalah tidak sesuai terutama untuk kanak-kanak dan pengidap asthma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan