Hari Jumaat baru2 ni kita balik kampung sebab ada kenduri cukur jambul (anak kepada sepupu kita) pada hari Sabtu.
Hari Ahad pulak kenduri cukur jambul dan aqiqah anak sedara (anak abang ipar). Hari Sabtu kenduri kat Kg. Tanjung Jati, Kuala Pilah (kampung kita la tu) dan kenduri hari Ahad tu pulak kat Kg. Bemban, Kuala Pilah (Kampung Sayang).
Seronok bila berkumpul ramai-ramai ni.....Macam-macam gosip terbaru dapat kita ketahui....hahaha...dah memang suka bergosip.....Sempat lagi ko bergosip time pantang ni ye Hilda....(Tak kira apa keadaan sekalipun, gosip tetap gosip) Buruk perangai betul la ko ni Hilda.....
Bila tengok baby tu cukur jambul mula la terkenang balik pada baby kita......Takpe la....bukan rezeki kita....Tumpang kasih dengan baby orang lain....Tak salah kan?
Dah tak nak sedih-sedih lagi....nanti cepat tua.....
Badan masih terasa sakit-sakit...Walaupun tak buat kerja sangat, tapi badan ni letih semacam je bila balik dari kenduri tu....Tu pasal bila anak-anak dah pergi sekolah tadi kita boleh sambung tidur sampai pukul sepuluh. Memang tak sesuai...
Pada mulanya memang kita tak nak balik masa kenduri tu, tapi macam tak sesuai je kan.....Tak nak la pentingkan diri sendiri..
Gambar takdo......sebab mood nak ambik gambar belum sampai lagi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan