Nuffnang Ads

Khamis, 10 Mac 2011

Adriana dah boleh membaca

Alhamdulillah.....mula2 dulu risau jugak kenapalah Adriana ni tak boleh baca lagi.....

Harith dulu, masuk tadika umur 5 tahun, hujung tahun tu dah boleh baca. Adriana pun sama, masuk tadika umur 5 tahun jugak, tapi hujung tahun lepas dia masih tak boleh baca.....Mungkinkah sebab dia lahir bulan Disember maka dia jadi lambat sikit dari orang lain? Tapi Harith pun lahir dekat2 hujung tahun jugak, bulan Oktober. Adakah ia berkaitan? Whatever......

Hati mana yang tak risau masa tu....

Sekarang Adriana dah boleh baca buku cerita. Kemain excited lagi dia menunjukkan yang dia dah boleh baca. Kalau masa tengah baca tu dia terlambat sikit nak sebut perkataan tu, kita sebutkan perkataan tu, punyalah dia marah......"janganlah cakap, kakak tau la bu.....".

Untuk memupuk semangat dia supaya rajin membaca, bila dia dapat baca je satu muka surat tu, kita bagi la pujian kat dia.......Kemain kembang lubang hidung dia tersenyum2 sebab kena puji......


Sejak dah boleh baca ni, asyik berkepit je dengan buku cerita. Dia dah bagi hint ajak kita pergi kedai buku nak beli buku cerita lagi. Seronok dengan perkembangan Adriana sekarang.....Walaupun lambat sikit daripada Harith, tapi dia punya kesungguhan nak membaca......Selama ni kita lebih tumpukan pada matematik je kat dia......

Tiada ulasan: