Nuffnang Ads

Jumaat, 18 Mac 2011

Part 5 : Pangkor (Perjalanan balik)

Kami naik feri dari Teluk Dalam lebih kurang pukul 12:30pm. Sampai jeti Lumut dalam pukul 1. Singgah makan jap dan beli satay ikan dan sotong kering untuk di bawa pulang.

Gerak dari Lumut pukul 2. Kami memilih untuk ikut jalan lama, tak nak ikut highway kengkonon ikut jalan lama lagi dekat. Sambil tu boleh tengok pemandangan kawasan kampung. Kalau ikut km memang dekat, tapi disebabkan jalan kecik dan banyak lori, maka lebih kurang je tempoh waktu perjalanannya. Lagi pun waktu balik tu adalah hujan, jadi melambatkan lagi waktu perjalanan kami.


Anak2 keletihan....Kereta kecik, jadi tidur la macam mana gaya sekali pun asalkan dapat tidur

Sayang yang setia memandu seorang (tak gilir2 pun tau)........Muka dah penat semacam jer.....


Kami singgah makan dulu kat hentian Dengkil sebab kita, anak2 dan Sayang dah lapar.

Sayang tengah buat pilihan nak makan apa

Kita pilih mee hoon soto

Harith kelaparan tahap gaban. Siap pilih nasi lemak dan kuih udang



Ok, itu je kesah percutian kita kali ni. Tak tahu bila lagi kita boleh pergi bercuti. Cuti sekolah bulan Jun nanti agak2 nya kemana destinasi percutian yang sesuai ye? Kena fikir dari sekarang ni....Bila anak2 dah sekolah ni, tak boleh pergi bercuti sebarangan. Kena ikut jadual dia orang, tak nak la disebabkan nak bercuti dia orang terpaksa ponteng sekolah......memang tak sesuaiiiiii....

Tiada ulasan: