Nuffnang Ads

Isnin, 7 Mac 2011

Birthday Abah

Sabtu ari tu kami adik-beradik sepakat untuk sambut birthday abah "in advanced". Sepatutnya bithday abah yang ke 59 tahun pada 12.03.2011 ni. Tapi memandangkan ramai antara kami yang ada hal lain pada tarikh tu, maka kami sambut la cepat sikit.

Majlis yang serba ringkas tu di sambut kat rumah adik (adik yang paling bongsu). Masing-masing bawak la makanan dari rumah sendiri sebab kat rumah adik peralatan tak mencukupi. Ye la....dia kan bujang lagi, mana nak lengkap barang2 dia dan peralatan dia tak cukup besar, kita yang dah berkeluarga ni pun belum tentu peralatan di dapur tu cukup lengkap, betul tak?

Tahun lepas birthday abah buat kat rumah abang. Tapi masa tu kami order je makanan. Tahun ni tak sempat pulak nak order. Jadi masing-masing masak atau kalau tak nak masak tu, beli je la......


Kek birthday abah. Kalau kita beli, mesti yang berasaskan coklat.....nasib la sape tak suka.....


Abah dikerumuni cucu-cucu semasa memotong kek.


Cucu-cucu abah beratur untuk mendapatkan ais krim dan kek (macam kat sekolah la pulak)

Lepaking sementara menunggu yang lain sampai.

Tiada ulasan: