Nuffnang Ads

Jumaat, 18 Mac 2011

Part 4 : Pangkor (Day 3)

Hari ke 3 di Pangkor ni merupakan hari terakhir kami di sini. Makanya, memang tak merancang nak kemana2. Kita bangun punyalah awal sebab dengar bunyi guruh. Dalam fikiran dah pikir macam2........almaklumlah, duduk dekat dengan kawasan pantai dan Jepun pulak baru mengalami tsunami....

Otak kita asyik terfikirkan tsunami je.....sebab tu bangun awal.....tak enjoy betul tau......Tak boleh nak berehat dalam erti kata melapangkan fikiran dari memikirkan perkara yang berat2........sadis sungguh la percutian kali ni.....

Kami pergi sarapan pagi ni adalah awal (7:30am). Saje pilih tempat duduk yang mengadap laut. Sarapan pagi ni masing2 tak berselera sangat, makan sikit je......tak tahu kenapa......

Selepas sarapan kami sempat lagi bawa anak2 pergi mandi manda. Kami bersiap awal untuk balik sebab nak bergambar dulu.

Korang layan la gambar2 kat bawah ni........

Sedap sangat agaknya makanan tu sampai muka sayang pun jadi macam tu

Harith yang sentiasa ceria sebab lepas sarapan boleh mandi kat swimming pool

Adriana dengan topi barunya. Sarapan pun nak pakai topi

Pemandangan dari resort

Sayang berada di menara

Inilah tempat yang kami diami semasa di sana. Ada 2 bilik.

Bergambar kenangan sebelum pulang

Di hadapan rumah

Ceria tak kami?

Harith dan Adriana mempromosikan Teluk Dalam Resort

Bas yang membawa kami ke jeti

Sempat bergambar lagi sebelum naik feri

Pemandangan Teluk Dalam Resort dari dalam feri

Tiada ulasan: