Sejak Harith masuk sekolah ni memang jarang kita balik rumah lewat. Kalau lewat nanti kesian pulak dia menunggu kita kat Kafa.
Masa kerja kita 7:45am - 4:45pm dan biasanya tepat je 4:45pm kita dah berkemas untuk balik. Sampai kat sekolah Harith lebih kurang dekat pukul 6 macam tu. Bos pun tak boleh nak tahan2 kita sebab dia tahu masalah kita. Ye la kan.....rumah kat Senawang, kerja pulak kat Bangi dah tu nak ambik anak kat sekolah lagi.....Sayang memang tak boleh nak ambik anak sebab tempat kerja dia lagi la jauh kat Sungai Buloh nunnnnnn....
Saat ini (5:45pm) kita masih di opis sebab dah 2 hari Sayang hantar kita pergi kerja. Semalam dia balik awal, jadinya kita balik macam biasa la.....Kalau dia gerak dari sana pukul 4, dalam pukul 4:50 dah sampai kat opis kita. Tapi hari ni dia balik macam biasa, maka dalam pukul 6 nanti barulah dia sampai kat opis kita ni.
Hari ni Harith tak ada Kafa, jadi dia dan Adriana duduk kat taska. Taska pulak tutup pukul 7pm, kalau lewat jugak, apa lagi bayar la duit ot kat cikgu tu.....tak reti2.......
2 hari ni kita memang tak larat, Sayang suruh kita ambik mc je.....Kita kalau boleh tak nak la selalu ambik mc, buruk rekod ai tau.......Selagi boleh bangun tu, pergi je la kerja....Kalau tak larat kat tempat kerja tu, rehat la sekejap kat surau.....
Terima kasih Sayang.......kerana hantar kita 2 hari Sayang lambat sampai tempat kerja......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan