Pagi ni kita bangun awal sebab dah puas tidur malam tadi. Pukul 8am kami dah bersedia nak pergi sarapan kat resort ni (sarapan adalah termasuk dalam pakej).
|
Sebelum pergi sarapan sempat lagi tengok tv |
|
Adriana yang feeling model |
|
Pakaian adalah sempoi untuk pergi sarapan |
|
Menikmati sarapan di cafe |
Pukul 10 lebih macam tu kami bersiap untuk pergi round pulau. Kami minta pihak resort call taxi. Charge taxi adalah RM70.00 untuk empat orang bagi mengelilingi pulau. Bagi kita ia adalah berbaloi memandangkan kita pun tak berapa arif tentang tempat tu.
Kalau nak sewa kereta amatlah tak berbaloi kerana untuk sewa kancil sahaja adalah RM110.00 sehari. Memandangkan kawasan pulau tak beberapa besar, perjalanan cuma lebih kurang 20km, maka sewa taxi adalah keputusan yang terbaik.
Perjalanan mengelilingi pulau sambil melawat beberapa tempat mengambil masa 2 jam. Pukul 1 lebih kami dah sampai resort semula. Makan tengahari kami tapau je.....
|
Semasa menunggu taxi (sebelum pergi island tour) |
|
Sengaja peluk beg, tak nak kasi nampak perut .......huhuhu |
|
Kat kilang satay ikan |
|
Di Kota Belanda |
|
Adriana mempromosikan fm.... |
|
Adriana pun sibuk memilih cenderahati |
|
Pilih ala kadar je sebab badan tak beberapa sihat....kalau tak, dah banyak kita borong..... |
Selepas makan tengahari, anak2 tidur sebab petang nanti nak mandi manda pulak. Itu sahaja xtvt waktu petang.
Malam, kami makan kat cafe. Buffet untuk dewasa adalah RM25 dan kanak2 RM12.50. Ala carte pun ada jugak kalau tak nak buffet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan