Nuffnang Ads

Sabtu, 12 Mac 2011

Part 1 : Pangkor (Ketibaan)

Hari ni kita bangun punyalah awal, sebelum subuh tau....Hari bekerja pun kita tak bangun seawal ni......Semangat nak pergi cuti2 Malaysia.....

Walaupun semalam rasa serba salah dan hati pulak berbelah bahagi samada nak pergi atau tak ke Pangkor ni. Bila dapat tahu je Jepun kena tsunami dan Malaysia pun berkemungkinan terkena tempiasnya, terus hilang mood. Nak packing baju pun malas....Tapi bila dah bangun je pagi ni, semangat nak bercuti tu datang semula walaupun hati masih ragu2. Siap bukak tv awal2 pagi, manalah tahu kalau ada berita terbaru ke tentang tsunami ni. Setakat pagi tadi, keadaan masih ok.

Ye la kan, kena la bangun awal nak packing beg yg belum sattle lagi, nak buat sarapan merangkap nak bawak bekal sekali (makan dalam kete) jimat kooo....bercuti secara berhemat tuuuuuu..

Cadangnya nak sarapan kat area Sg Buloh nun, tapi tak jadi sebab dah kenyang makan dalam kereta. Kami berhenti pun sebab nak buang air je. Kami keluar rumah dekat pukul 8am dan sampai kat Jeti Pangkor dalam pukul 12pm. Disebabkan feri ke Teluk Dalam akan bertolak 1:45pm, maka kami pergi makan dulu.

Kami naik feri khas untuk ke Teluk Dalam, maka takde la berebut2 dengan orang yang nak ke Pulau Pangkor. Punyalah ramai orang hari ni kat jeti tu....

Harga tiket pergi & balik adalah RM19 bagi dewasa & RM13 bagi kanak2 (5 tahun keatas). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit je. Sampai sana, van hotel sudah bersedia menjemput kami.

Ok, tu je...nak rehat jap...penat semasa perjalanan masih tak hilang lagi....

Hilda melaporkan dari atas katil, Teluk Dalam, Pangkor......hahaha.... macam wartawan tv lak rasanya....

3 ulasan:

mekchu berkata...

Selamat Bercuti.. happy2 selalu..

Hilda berkata...

Tq....

Tanpa Nama berkata...

wau,,bestnye,,,,nak itut,,ngeeee