Cuti sekolah ni memang kita orang plan nak bagi pelepasan kat anak2 duduk kat kampung. Adriana pun dah bising sebab dah lama tak balik kampung. Ye la.......baru kita perasan, memang dah lama dia orang tak balik rumah mak kita (uwan dia orang la kan). Last kita balik bulan Januari dulu....
Memang patut pun dia orang bising sebab dah lama tak balik kampung. Hari Selasa petang, kami laki bini pergi la hantar mereka balik kampung (Tanjung Jati, Kuala Pilah). Kemain sibuk lagi 2 beradik tu tanya bila nak balik ni.......dari pagi bertanya......
Seperti biasa, sebelum balik kampung kami buat perjanjian. Berjanji tak nakal, tolong atuk dan uwan dan segala bagai janji la.....Tapi sebelum tu, homework mesti bagi sattle dulu......Balik nanti takde la terhegeh2 baru nak siapkan homework. Adriana pulak kena habis baca satu buku cerita dulu baru boleh balik kampung.....hahaha kejam sungguh ibumu ini........
Nak balik kampung punya pasal, suruh la buat apa je, mesti dia orang sanggup.
Selepas hantar dia orang kat kampung, malam tu kami balik Senawang semula sebab Sayang kerja keesokkan harinya.
Setiap hari kita call, pantau perangai mereka. Apa2 pun mereka happy duduk dengan atuk dan uwan mereka......Kat sana tak la selalu kena marah kot, kalau kat rumah, singa betina ni (ibu mereka la) asyik nak marah je bila tengok perangai mereka yang pelik2 tu.....Merdeka dia orang untuk seminggu ni.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan