Seperti yang telah kita bagitahu sebelum ni bahawa cuti sekolah kali ni kami tak plan pun nak bercuti kemana-mana cuma kita apply cuti jer untuk bersama anak-anak.
Selain dari balik kampung sebab kenduri tahlil dan celebrate birthday abah, kami ke Puchong menziarah anak saudara yang khatam quran dan berkhatan.
Sebenarnya masa kat kampung lagi kita dah tak sihat dan suara pulak tak keluar. Kalau ikutkan malas je nak berjalan. Tapi bila mengenangkan anak-anak ku gagahi jua (sampai hari ni pun suara kita masih tak berapa ok tau).
Kita dan Sayang bawa anak-anak menonton wayang (Lorax) balik dari Puchong tu. Sebenarnya Harith nak tengok citer lain, tapi malas nak menunggu kami tengok je la citer Lorax yang bagi kita tak berbaloi nak tengok kat wayang.
Kesiankan anak-anak dan untuk bagi mengisi masa cuti sekolah mereka kita bawa la ke kedai buku agar diaorang boleh pilih buku yang nak dibaca masa cuti ni. Sorang satu jer buku yang diaorang pilih. Ingatkan boleh la diaorang baca dalam seminggu ni. Jangkaan kita meleset sama sekali.
Kalau boleh hari tu jugak diaorang nak habiskan baca buku tu sampai kita suruh tidur pun diaorang tak nak. Sanggup pulak dia nak baca buku tu gunakan lampu tidur jer. Aishhhhh......
Anak-anak kita belikan sorang satu jer buku cerita tapi untuk kita ada 3.......Sekarang siapa yang nak isi masa lapang ni????hahahaha......mak ko ni lagi over wahai anak-anak.....Mak ko ni pun sama, kalau boleh nak habis baca buku citer tu hari tu jugak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan