Baru-baru ni kita ada membebel pasal kita asyik rasa panas jer kan? Kalau korang terlepas nak baca boleh la baca di sini Adakah??
Sekarang baru la kita tahu kenapa kita asyik rasa panas. Jawapannya ialah kita perlu pergi bercuti ke tempat yang sejuk (ayat poyo.......). Padahal memang dah plan pun nak pergi bercuti, sesaje je buat entry rasa panas tu.
Kalau ikut perancangan awal, kita plan nak bercuti di Grand Lexis, PD jer. Memandangkan tiada kekosongan maka ke tanah tinggi la kita. Kami pergi ke Cameron Highland selama 3 hari 2 malam dan menginap di Strawberry Park Resort.
Ini kali kedua kami sekeluarga ke sana. Kali pertama adalah pada tahun 2007 iaitu ketika Harith berumur 2 tahun dan Adriana 1 tahun.
5 tahun dulu (2007) |
Sekarang (2012) |
Untuk cerita lebih lanjut sila baca pada entry seterusnya.......(Ayat macam bagus jer kan? Macam la ramai sangat nak tahu citer kita tu......huahuahua....)
Kita tak paksa pun.....sesiapa yang sudi membaca kita alu-alukan, siapa yang tak suka kita nak buat macam mana ye tak....Korang tak payah la paksa diri nak membaca tulisan kita kat blog kita ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan