Nuffnang Ads

Jumaat, 23 Mac 2012

Nak jadi apa?

Tetiba hari ni teringatkan zaman kanak-kanak dulu. Sekarang pun masih kanak-kanak jugak......aaawww....Seronoknya bila teringatkan zaman kanak-kanak (sambil senyum-senyum teringatkan zaman persekolahan dulu), tak perlu nak fikir banyak benda. Sekarang pun seronok jugak....cuma.......kena banyak benda nak fikir je la.

Masa sekolah dulu mesti cikgu selalu tanya bila dah besar nanti nak jadi apa? Maksudnya kalau korang dah besar nanti korang nak kerja apa? Masa sekolah dulu bila cikgu tanya soalan macam tu korang cakap nak jadi apa?

Kita masa sekolah rendah dulu nak jadi polis trafik. Tak tahu la macam mana boleh terbekenan nak jadi polis pulak. Kalau tak silap masa tu kita nampak polis tengah menjaga trafik. Kebetulan polis perempuan yang jaga trafik tu cantik pulak (bajet kita pun cantik macam polis tu jugak la.......hahahaha).

Terus kita terbekenan dengan pekerjaan tu. Tambahan pulak kita suka sangat dengan baju uniform polis trafik tu. Rasa segak sangat la bila pakai baju uniform tu ditambah pulak dengan orang yang memakainya pun cantik (macam kita........huahuahua).

Kita rasa kita memang tak sesuai jadi polis kot sebab kita ni bila orang garang-garang dengan kita, kita mudah sangat la nak menangis. Macam mana la nak ikut latihan kepolisan tu kalau hati ni tak kental. Akak ko ni sebenarnya berjiwa sentimental walaupun muka sangat la brutal.

Tapi bila dah sekolah menengah kita dah tukar cita-cita kita nak jadi lecturer. Itu semua sebab sorang makcik kita jadi lecturer. Rasa macam best jer pekerjaan dia tu. Walaupun tak jadi lecturer tapi kita pernah jugak jadi cikgu sementara di sebuah sekolah menengah. Merasa la nak jadi pendidik.

Waktu dulu (sekolah rendah) tak terdedah sangat dengan banyak jenis pekerjaan. Biasanya bila cikgu tanya nak jadi apa mesti jawapan kebiasaannya adalah cikgu, polis, jururawat, askar, doktor, peguam dan ahli bomba.

Sekarang ni kalau tanya anak-anak nak jadi apa, macam-macam jawapan yang kita dengar seperti pakar forensik, saintis, jurutera aeroangkasa, ahli kimia dan macam-macam lagi la.

Apa-apa pun pekerjaan kita sekarang tak satu pun sama macam cita-cita kita waktu sekolah dulu.

1 ulasan:

Lynn berkata...

Masa kecik2 dulu pernah la terfikir nak jadi pramugari..sebab nak baik kapal terbang..dah besar sikit nak jadi guru sebab mak abah pun guru..bila sekolah menengah nak jadi peguam..so sekarang guru dan peguam tu tercapaila jugak..walau bukan sivil law..islamic law pon ok jugak..cuma tertanya2 bila la nak jadi pramugari...(gulps)