Nuffnang Ads

Khamis, 29 Mac 2012

Merlin dan Naga

Sesiapa yang menonton cerita Merlin mesti tahu kewujudan naga dalam citer tu. Harith merupakan penggemar citer Merlin dan dia juga adalah sangat percaya dengan kewujudan naga dalam cerita tu.

Dalam perjalanan kita ke Cameron Highland hari tu kami ikut Simpang Pulai, maka kami akan melalui kawasan kat bawah ni.

Pemandangan dari highway PLUS


Untuk mengelakkan anak-anak berasa bosan, masa melalui tempat di atas, kita saje la buat lawak kat Harith " kalau abang nak tahu, kat sini la naga yang dalam citer Merlin tu tinggal". Bila dengar jer kita cakap macam tu Harith mula la bersemangat nak tahu lebih lanjut.

Sebelum ni dia sibuk la bertanya bila nak sampai sebab dah bosan duduk dalam kereta. Bila kita cakap pasal naga dalam citer Merlin tu punyala teruja dia. Lepas tu masak la kita nak menjawab segala pertanyaan dia tu walaupun kita dah bagitahu apa yang kita bagitahu tadi cuma tipu jer.

Tiada ulasan: