Nuffnang Ads

Jumaat, 23 Mac 2012

Adakah??

Dari semalam kita rasa panas jer cuaca. Malam tadi pun masih terasa panas dan susah nak tidur. Rumah kita memang tak ada air-cond. Kalau ada mesti kita akan kerap lewat ke pejabat sebab syok sangat la bergulung dalam selimut sampai tak nak bangun dan tak sedar hari dah pagi.

Kalau ada air-cond sudah pasti kita dan anak-anak akan sentiasa on kan air-cond dan Sayang akan bising bila bil elektrik melambung.

Hari ni pun kita terasa panas lagi. Masa keluar lunch tadi rasa berpeluh-peluh. Tak selesa pulak rasanya.

1) Adakah kita perlukan air-cond di rumah?
2) Adakah itu bermaksud lemak kita dah bertambah?
3) Adakah itu tanda-tanda kita perlu bercuti ke tempat yang sejuk?

Kita nantikan apakah jawapan yang sebenarnya.......huhuhu.......

Tiada ulasan: