Kita agak pelik jugak la (buat-buat pelik) sebab setiap kali orang lain punya birthday kita pulak yang sibuk request itu dan ini.
Sekarang ni kami adik beradik suka la sangat makan kek ais krim. Setiap kali kalau ada celebrate birthday kalau boleh nak kek ais krim. Kek ais krim jer yang cepat habis kalau nak dibandingkan dengan kek-kek lain.
Macam baru-baru ni kami sekeluarga celebrate birthday abah yang ke 60 tahun. Kali ni abang yang jadi kepalanya. Jadi kami pun suruh la abang belikan kek ais krim. Kesian abang mencari kek ais krim last minute. Akak ko ni dah tak larat nak jadi kepala sebab seingatnya la dari dula lagi asyik akak ko ni jer nak pikir apa menu, nak buat kat mana, nak order kat mana, buat kira-kira untuk collection majlis tu, nak sms adik beradik pasal menu dan collection yang nak dibuat (setuju ke tak) dan seangkatan dengannya.
Ok....pembetulan......ada la jugak Atih tolong.....nanti merajuk pulak kalau tak masukkan nama dia....hahaha....Tapi sekarang ni kita dah rasa lega sikit sebab abang dah boleh take over. Teruskan usaha anda ye bang......Semoga maju jaya dan boleh diteruskan lagi untuk acara akan datang...huhuhu....
Untuk birthday abah kali ni kami buat bbq. Dah lama sangat rasanya tak buat bbq. Kami tak jadi nak celebrate pada Sabtu malam Ahad sebab kat rumah uwan ada kenduri tahlil. So, kami buat hari Ahad.
|
Sesi 'membakar' telah bermula |
|
Laki sape la tu minum sampai macam tu....huhuhu..... |
Menunya simple jer iaitu ayam, ikan dan daging bbq, ayam goreng kunyit, air dan buah tembikai.
|
Sayang menunjukkan skillnya.... |
|
Ayam goreng ni la yang habis dulu. |
|
Air tembikai yang dah tinggal separuh |
|
Ni la kek ais krimnya |
|
Apasal lak mak pegang kepala Atih pulak tu..... |
|
Ko kenapa Tih??? |
|
Abah dengan wajah yang happy :) |
Sesi buka hadiah dah tak sempat nak bergambar sebab masing-masing terlalu teruja nak tengok hadiah apa la yang orang lain bagi kat abah.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan