Macam tak caye jer dah hari Jumaat. Rasa macam baru jer keje minggu ni (memang la....baru naik keje semalam, 1 hari cuti, 2 hari mc).
Selalunya hari Jumaat korang pergi mana? Kita memang jarang sangat la nak menggunakan waktu rehat yang lama setiap Jumaat ni untuk keluar berjalan-jalan atau cuci mata.
Tapi hari ni perasaan nak keluar tu macam meronta-ronta jer, abih nak buat macam mana kita masih tak sihat lagi (tu ada hati lagi nak berjalan). Terasa-rasa nak makan cookies kat Famous Amos tu. Macam dah terbau-bau jer cookies tu........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan