Rindunya untuk menulis.......Dah lama sangat rasanya tak bukak blog ni. Tak sabar-sabar rasanya nak menulis. Banyak sangat rasanya benda yang nak diceritakan.
Tapi tengok la macam mana nanti samada nak asingkan entry atau terus rangkumkan dalam satu entry saja.
Kita adalah tak kesempatan melampau sepanjang minggu ni. Keluar rumah seperti hari-hari biasa cuma waktu balik adalah agak lewat dari kebiasaan. Ini semua adalah kerana kursus 'Molecular Biology' yang diadakan di Menara Hitech Village di USJ, Subang Jaya.
Kursus adalah bermula pukul 9am dan habis pukul 6pm. Waktu kursus adalah sangat pack. Itu pun hari pertama kursus balik lewat (pukul 6++++).
Kalau dari sana pukul 6+++ maknanya sampai rumah adalah pukul 7+++. Sepanjang minggu ni kita adalah cuti dari memasak untuk makan malam sebab badan adalah sangat tidak bermaya.
Kursus ni cuma dihadiri oleh 4 peserta jer. Kursus ni tak boleh ramai sangat peserta sebab dia ada banyak lab work.
Peserta adalah 3 perempuan dari Malaysia dan seorang lelaki dari Iraq. Peserta dari Iraq tu dah ada PHD, segan pulak rasanya sebab kita cuma ada degree jer.
Walauapapun kursus tu memang banyak membantu kita. Walaupun kat universiti dulu dah belajaar benda-benda ni, tapi tak berapa nak faham sangat.
Sorry, gambar tak dapat nak upload, tak tahu apa masalah dia. Mungkin merajuk agaknya dah lama tak menulis (boleh ke bagi alasan macam tu?).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan