Nuffnang Ads

Rabu, 15 Jun 2011

Semangat...macam la boleh dapat APC

Hari ni memang semangat betul....Sesampai jer kat opis, letak beg dan terus pakai lab coat untuk buat lab work. Semangat betul.......dah la sampai awal (7.30am).

Kenapa semangat sangat? Nak tau jawabnya? Hahahaha......... kita terpaksa mulakan kerja awal, kalau tak, mesin (PCR-Polymerase Chain Reaction) yang kita nak gunakan tu nanti orang lain dah booking. So, tak sempat nak siapkan kerja.....

Sekarang mesin tu memang 'hot' sebab semua orang berebut-rebut nak gunakannya. Tambahan pulak sekarang ramai student practical kat lab ni dan ditambah pulak dengan student master. Kesian mesin tu bekerja keras untuk kami semua.

Tapi dalam hati masih tunggu jugak kalau-kalau dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) "cemerlangkah??????"  tahun ni.

2 ulasan:

ctot berkata...

Dah bleh dapat la tu....
Masih perlu berbooking2 bagai lg ke...kan dh ramai yg berhenti.

Hilda berkata...

Doa-doakanlah.....
Perlu booking lagi....dah booking pun kadang-kadang ada jugak yang terguna slot orang lain....Sekarang ramai practical dan GSAS student. Kena berebut dengan dia orang la nampaknya......