Nuffnang Ads

Selasa, 12 Julai 2011

Apakah maknanya semua ini

Tajuk macam gempak jer kan? Kita memang suka buat tajuk yang gempak-gempak ni padahal citernya biasa-biasa jer. Sesaje nak tarik perhatian supaya orang tertarik nak baca ini cerita.

Kita rasa semua orang bila baca jer tajuk yang hot/gempak sikit, berlumba-lumba nak baca kesah seterusnya. Itu semua strategi tau. Wartawan-wartawan tu semua selalu buat tajuk yang gempak untuk lakukan majalah dia orang padahal citernya suam-suam kuku jer.....Pandai betul dia orang kan?

Kesah kita ni macam ni, minggu ni kita rasa malas jer nak pergi kerja. Nak bangun pagi pun macam liat sangat. Rasa macam tilam tu dah melekat kat badan sebab susah sangat nak bangun. Mata pulak macam dah tak boleh nak bukak.

Kat opis pun sama, takde mood nak buat kerja (padahal bukan banyak sangat pun kerja). Rasa mengantuk jer....Pagi-pagi dah mengantuk tau!

Apakah makna semua ni? Adakah kita perlu pergi bercuti? (motifff???? ) atau adakah kita perlu menghadiri kursus motivasi untuk memotivasikan diri? Korang pun punya masalah yang sama macam kita?

Macam mana nak naikkan semangat bekerja semula? Perlukah bos bagi APC tahun ni supaya kita lebih bersemangat untuk bekerja? (hahaha tak sudah-sudah berangan nak APC). Jangan harap la nak dapat APC tahun ni kalau kerja pun macam hampeh.....

Kenapa ye jadi macam ni?

Tiada ulasan: