Nuffnang Ads

Khamis, 8 September 2011

Celebrate birthday di hari raya

Alhamdulillah.....dah bertambah umur Sayang setahun lagi. Panjang umur sayang dan harapan kita semoga Sayang sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki (boleh la beli apa yang kita nak....huahuahua.....)

Tahun ni Sayang dapat celebrate birthday bukan dalam bulan puasa. Beberapa tahun kebelakangan ni birthday Sayang jatuh dalam bulan puasa. Maka payah la sikit nak pergi makan-makan....kena tunggu malam....

Kami dalam perjalanan untuk celebrate birthday Sayang

Kita dan Sayang di ulang tahun Sayang yang ke 36

Kami di Kenny Rogers Roasters (S2)
 Menu yang kami pilih utuk hari tu :






Dah alang-alang ada kat sini, order la sekali Warm Chocolate Oasis sebagai pengganti kek birthday. Kalau beli kek pun bukannya habis makan. Anak-anak dan mak ayahnya sekali suka makan.....Sedap sesangat.....




Anak-anak dan birthday boy (boy ke?) yang keriangan

Suka sangat bila Sayang happy :)

You see....licin ai makan 'Warm Chocolate Oasis' tu....

Sampai mana korang beraya

Biasanya masa raya mesti banyak tempat yang kita nak pergi ziarah kan? Masa ni la ada peluang nak berjalan ziarah saudara mara. Hari lain tu payah sikit, betul tak?

Raya tahun ni jauh mana korang dah pergi untuk beraya? Setakat ni kita dah beraya paling jauh pun ke Muar. Selain tu adalah sekitar Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Di rumah sepupu, Sunway Semenyih (Desa Mewah)

Anak  buah kita di rumah keluarga angkat (Labu)

Masa raya ni la seronok pergi ziarah saudara mara ramai-ramai. Kebiasaannya kita akan pergi jalan raya 3-4 kereta sekali harung. Masa ni la ada yang sesat, tertinggal (lambat) dan macam-macam ragam lagilah. Sekejep-sekejap berhenti tunggu kereta yang tertinggal. Boleh kata banyak kali berhenti lah. Perjalanan yang sepatutnya 2 jam dah jadi 4 jam.....hahaha.....(over....)

Lagi satu kalau dah berjalan jauh-jauh ni selalunya tuan rumah yang kita nak pergi ziarah tu akan sediakan menu special. Dah jalan jauh haruslah kelaparan ye tak? Kekadang tak ingat diri pulak bila dah nampak makanan.....laki kemana, anak ntah kemana, yang penting perut ni kena isi.......hahaha.....dushhhhh...amek ko....

Tak la.....kita masih mengamalkan ciri-ciri wanita melayu terakhir....sopan santun gitu......Lapar macam mana pun masih ingat kat laki dan anak-anak.....control ayu jer....(ayat tak boleh blah.......)

Di rumah saudara (Kuala Pilah)

Rabu, 7 September 2011

Berdondon

Korang suka tak bila pilih baju untuk keluarga korang, pilih warna yang sama? Kiranya sedondon gitewww....Kalau tanya kita, kita memang suka beli baju yang sama warna dengan Sayang dan anak-anak.

Tak kira lah masa raya, nak pergi rumah kenduri atau keluar berjalan-jalan. Kalau boleh nak sama jer warna. Jika tak dapat 4 beranak sama warna pun sekurang-kurangnya kita dan Sayang warna yang sama dan anak-anak warna yang sama.

Setiap kali raya, kita akan pastikan kami 4 beranak punyai baju raya warna yang sama. Kebiasaannya kami ada 4 pasang baju raya (termasuk baju melayu).

Tahun ni baju raya pertama kami adalah warna kelabu. Baju raya kedua pulak warna coklat. Baju raya ketiga warna hijau dan yang keempat warna biru.

Kelassss ko Hilda......sampai 4 pasang baju warna sedondon.....Bukan kita sorang jer terhegeh-hegeh nak sedondon ni, Sayang pun layankan jer nak pakai sedondon ni.....Kita rasa sekarang ni memang dah jadi trend kot pakai baju sedondon ni....Kata sehati sejiwa......

Tapi maaf la, gambar kami berempat berpakaian sedondon untuk baju raya ke 2 hingga ke 4 tiada. Heboh dek beraya, lupa pulak nak bergambar.....Penat jer akak ko ni beli baju sama warna, tapi tak ada bukti lak. Takpe, nanti kalau kita rajin, kita snap gambar kami sekeluarga berpakaian sedondon ye....

Kat bawah ni adalah antara pakaian kami yang sedondon.....








Raya sakan

Setelah beraya di rumah sendiri. Kita beraya di rumah uwan, makcik sedara, uwan sedara yang berada disekitar rumah mak kita.

Rumah disekitar rumah mak kita ni boleh dikatakan adalah sedara mara kita jer. Maka banyak lah rumah yang nak diziarah. Lebih kurang 7-8 buah rumah jugak lah kita harung sekaligus. Itu pun pergi mana yang larat je.

Kami pergi secara berkumpulan. Kalau semua pergi sekali serentak memang tak terlayan tuan rumah....Dah settel beraya kat rumah kita barulah balik sekejap ke kampung Sayang. Over la kan rumah mertua yang tak sampai sejengkal (sejengkal ke?) tak dijengah.


Snap gambar dulu sebelum jalan raya

Sepupu sepapat yang ala-ala model

Bersama makcik, fizah dan Asu

Nak pergi raya rumah uwan

Nape la lebar sangat muka kita ni....Tudung tu yang buatkan muka kita ni nampak lebar (salahkan tudung..hehehe)

Menikmati nasi dagang

Harith dan Adriana bersama Ira

Tahun ni kat rumah mertua takde sape yang balik. Kalau ada pun yang balik, petang / malam raya. Yang lain balik hari raya ke 2 dan ke 3. Ada jugak yang balik 2 minggu lepas raya.

Kita yang dekat ni jengah la sekejap di sana. Dapat la beraya 2 rumah kat situ sebelum balik rumah  mak kita. Malam tu punya la penat, lepas mandi kita terus tidur. Tak sedar diri bila dah dapat bantal. Tak tahulah malam tu ada orang datang beraya lagi ke tidak kat rumah mak.

1 Syawal

Wah.....seronok dapat beraya dengan keluarga. Tambahan pulak tahun ni semua adik beradik beraya kat rumah mak & abah. Memang hepening......kebabommmm rumah tu......

Tahun ni jugak kita cipta rekod sebab bangun awal...pukul 5 lebih dah bangun tau.....selalunya adalah agak lewat kita bangun.....Semangat tu nak raya......huahuahua......

Menu 1 Syawal kat rumah mak kita tahun ni adalah mee / mee hoon sup, rendang, nasi himpit dan kuih raya. So, pagi-pagi tu kami adik beradik perempuan ni bertungkus lumus la kemas ruang tamu, sediakan hidangan untuk sarapan dan segala-galanyalah. Eh....lupa lak, mak dan kak ipar kita yang sorang tu pun turut bertungkus lumus gak.....hehehe....

Lepas sarapan yang lelakinya pergi sembahyang raya. Kebiasaannya kat rumah kita ni yang perempuan tak sempat nak ikut sembahyang raya sebab banyak benda yang nak diuruskan termasuklah uruskan persiapan suami dan anak-anak selain bab makan dan hidangan kat ruang tamu untuk tetamu yang datang nanti.

Balik sembahyang raya pulak adalah sesi bersalam-salaman dan pengagihan duit raya (part ni ai loike.....)kumpul duit raya anak......huhuhu...Masa ni la lepas sesi pengagihan duit raya cepat-cepat tengok isi kat dalam tu berapa hengget....Cam kan sampul ni sape yang bagi, sampul tu sape yang bagi. Boleh la tahu orang ni bagi berapa orang tu bagi berapa....(buruk perangaikan?) hahahaha......mak sape lah tu... Sape yang bagi sikit dari tahun lepas tu memang la jadi bahan......kedek.....



Bukan kita sorang jer macam tu.....adik beradik yang lain pun sama gak......betul tak? Ngaku jer la.....Apa-apa pun tak kisah la bagi sikit ke banyak, yang penting kita dapat berkumpul ramai-ramai....

Lepas dah settel sesi salam dan agih duit raya tu, masuk pula sesi bergambar. Ini adalah wajib ketika beraya kat rumah ni sebab bila dah mula jalan raya nanti memang tak kan la nak bergambar-gambar ni. Lagipun nak jadikan kenangan dengan baju raya baru....

Sepatutnya tema warna baju raya kami semua tahun ni ialah warna kelabu, tapi ada 2-3 adik kita yang tak dapat info ni dengan jelas, jadinya tak sedondon la kami semua......

Bagi kita warna kelabu ni adalah kali yang ketiga sepanjang kita berkahwin. Kita pernah gunakan tema warna ni pada tahun 2006, 2009 dan 2011. Sayang la tak tukar baju baru....Membazir la nak buat baju melayu, kos nya mahal. Kita dan anak-anak je  yang pakai baju baru.....

My big family...tapi masih ada yang tiada dalam gambar ni...
  
Kita bersama Sayang dan anak-anak...
  
Adik beradik kita (adik yang bongsu takde dalam gambar)

Menantu mak dan abah (sorang tiada)

Cucu-cucu mak dan abah (sorang tiada)

Kita dan sayang

Si jelita (jetita la sangat...) kat rumah uwan

Bersama sebahagian mak sedara, sepupu sepapat dan anak sedara
 Tu jer setakat ni. Nanti sambung lagi......

Isnin, 5 September 2011

4 vs 3

Pertandingan apa kah itu scorenya 4 vs 3? Sepatutnya 4 vs 4.......Apakah itu? Hahaha.....mai sini akak ko ni nak citer.

Ini semua pasal raya. Kita orang laki bini ni memang dah bersetuju untuk balik kampung kita dulu berhari raya. Memang turn rumah kita raya tahun ni. Walaupun rumah mak kita dan mak mertua hanya memakan masa 15 min jer perjalanan, tapi kena jugak buat  perhitungan nak raya kat rumah mana dulu.

Setakat ni, alhamdulillah.....part nak raya mana dulu tu tak menjadi masalah sebab memang kami dah buat perjanjian awal-awal kawin dulu.....hehehe....(Sama-sama dah setuju pembahagiannya macam tu).

Jika tahun ni raya puasa balik rumah mak kita, raya haji pulak kat rumah mak mertua. Tahun depan raya puasa kat rumah mak mertua dan raya haji pulak kat rumah kita. 

Bukan la maksud kita kalau raya kat rumah kita tu tak akan balik kat rumah mak mertua......melampau la sebab bukannya jauh sangat rumah mak dan mertua...Balik tetap balik cuma kalau turn rumah kita tu, akan balik rumah kita dulu untuk raya pertama lepas tu barulah balik rumah mertua...

Masing-masing pun masih ada parent lagi kan....tak boleh la nak pentingkan diri sendiri (asyik nak balik rumah satu pihak jer dulu....)

Perancangan awal balik kampung kita dari hari Ahad hingga Rabu dan rumah mertua dari hari Rabu hingga Sabtu (bukankah dah cantik tu lebih kurang 4 hari rumah kita dan 4 hari rumah mertua). Disebabkan kita dapat call dari jiran mengatakan kawasan rumah kami ada kes pecah masuk rumah, maka kami pendekkan 1 hari beraya di rumah mertua.

Hati ni memang risau kalau betul la pencuri tu pecah masuk rumah. Nak jugak tahu rumah kita terlibat atau tak. Bukan la banyak sangat barang berharga kat dalam tu, tapi kalau pencuri tu dah geladah 1 rumah memang penat la nak mengemas. Kita juga risaukan tabung anak-anak dan laptop kita....

Alhamdulillah, baris rumah kita tu tiada kes pecah masuk cuma rumah baris depan jer 2 biji rumah kena pecah masuk...Kita simpati dengan dia orang.....

Ok...kita bagi tengok 1 gambar raya ni dulu.....gambar-gambar yang lain akan menyusul kemudian...


Salam

Salam semua.....lamanya kita tak menjengah ke blog ni......dah bersawang rasanya blog ni....hehehe...kenyataan yang over........

Saje bagi salam dulu....nak buat entry pasal raya belum lagi ye sebab tunggu mood itu datang lambat sikit..... Bagi yang masih bercuti tu akak ko ni rasa jeles sesangat tau......Bagi yang dah mula bekerja tu, jangan malas-malas.....(ayat tak boleh blah sebab kita sendiri malas nak mulakan kerja setelah seminggu cuti).