Biasanya masa raya mesti banyak tempat yang kita nak pergi ziarah kan? Masa ni la ada peluang nak berjalan ziarah saudara mara. Hari lain tu payah sikit, betul tak?
Raya tahun ni jauh mana korang dah pergi untuk beraya? Setakat ni kita dah beraya paling jauh pun ke Muar. Selain tu adalah sekitar Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Di rumah sepupu, Sunway Semenyih (Desa Mewah) |
Anak buah kita di rumah keluarga angkat (Labu) |
Masa raya ni la seronok pergi ziarah saudara mara ramai-ramai. Kebiasaannya kita akan pergi jalan raya 3-4 kereta sekali harung. Masa ni la ada yang sesat, tertinggal (lambat) dan macam-macam ragam lagilah. Sekejep-sekejap berhenti tunggu kereta yang tertinggal. Boleh kata banyak kali berhenti lah. Perjalanan yang sepatutnya 2 jam dah jadi 4 jam.....hahaha.....(over....)
Lagi satu kalau dah berjalan jauh-jauh ni selalunya tuan rumah yang kita nak pergi ziarah tu akan sediakan menu special. Dah jalan jauh haruslah kelaparan ye tak? Kekadang tak ingat diri pulak bila dah nampak makanan.....laki kemana, anak ntah kemana, yang penting perut ni kena isi.......hahaha.....dushhhhh...amek ko....
Tak la.....kita masih mengamalkan ciri-ciri wanita melayu terakhir....sopan santun gitu......Lapar macam mana pun masih ingat kat laki dan anak-anak.....control ayu jer....(ayat tak boleh blah.......)
Di rumah saudara (Kuala Pilah) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan