Nuffnang Ads

Isnin, 5 September 2011

4 vs 3

Pertandingan apa kah itu scorenya 4 vs 3? Sepatutnya 4 vs 4.......Apakah itu? Hahaha.....mai sini akak ko ni nak citer.

Ini semua pasal raya. Kita orang laki bini ni memang dah bersetuju untuk balik kampung kita dulu berhari raya. Memang turn rumah kita raya tahun ni. Walaupun rumah mak kita dan mak mertua hanya memakan masa 15 min jer perjalanan, tapi kena jugak buat  perhitungan nak raya kat rumah mana dulu.

Setakat ni, alhamdulillah.....part nak raya mana dulu tu tak menjadi masalah sebab memang kami dah buat perjanjian awal-awal kawin dulu.....hehehe....(Sama-sama dah setuju pembahagiannya macam tu).

Jika tahun ni raya puasa balik rumah mak kita, raya haji pulak kat rumah mak mertua. Tahun depan raya puasa kat rumah mak mertua dan raya haji pulak kat rumah kita. 

Bukan la maksud kita kalau raya kat rumah kita tu tak akan balik kat rumah mak mertua......melampau la sebab bukannya jauh sangat rumah mak dan mertua...Balik tetap balik cuma kalau turn rumah kita tu, akan balik rumah kita dulu untuk raya pertama lepas tu barulah balik rumah mertua...

Masing-masing pun masih ada parent lagi kan....tak boleh la nak pentingkan diri sendiri (asyik nak balik rumah satu pihak jer dulu....)

Perancangan awal balik kampung kita dari hari Ahad hingga Rabu dan rumah mertua dari hari Rabu hingga Sabtu (bukankah dah cantik tu lebih kurang 4 hari rumah kita dan 4 hari rumah mertua). Disebabkan kita dapat call dari jiran mengatakan kawasan rumah kami ada kes pecah masuk rumah, maka kami pendekkan 1 hari beraya di rumah mertua.

Hati ni memang risau kalau betul la pencuri tu pecah masuk rumah. Nak jugak tahu rumah kita terlibat atau tak. Bukan la banyak sangat barang berharga kat dalam tu, tapi kalau pencuri tu dah geladah 1 rumah memang penat la nak mengemas. Kita juga risaukan tabung anak-anak dan laptop kita....

Alhamdulillah, baris rumah kita tu tiada kes pecah masuk cuma rumah baris depan jer 2 biji rumah kena pecah masuk...Kita simpati dengan dia orang.....

Ok...kita bagi tengok 1 gambar raya ni dulu.....gambar-gambar yang lain akan menyusul kemudian...


Tiada ulasan: