Wah.....seronok dapat beraya dengan keluarga. Tambahan pulak tahun ni semua adik beradik beraya kat rumah mak & abah. Memang hepening......kebabommmm rumah tu......
Tahun ni jugak kita cipta rekod sebab bangun awal...pukul 5 lebih dah bangun tau.....selalunya adalah agak lewat kita bangun.....Semangat tu nak raya......huahuahua......
Menu 1 Syawal kat rumah mak kita tahun ni adalah mee / mee hoon sup, rendang, nasi himpit dan kuih raya. So, pagi-pagi tu kami adik beradik perempuan ni bertungkus lumus la kemas ruang tamu, sediakan hidangan untuk sarapan dan segala-galanyalah. Eh....lupa lak, mak dan kak ipar kita yang sorang tu pun turut bertungkus lumus gak.....hehehe....
Lepas sarapan yang lelakinya pergi sembahyang raya. Kebiasaannya kat rumah kita ni yang perempuan tak sempat nak ikut sembahyang raya sebab banyak benda yang nak diuruskan termasuklah uruskan persiapan suami dan anak-anak selain bab makan dan hidangan kat ruang tamu untuk tetamu yang datang nanti.
Balik sembahyang raya pulak adalah sesi bersalam-salaman dan pengagihan duit raya (part ni ai loike.....)kumpul duit raya anak......huhuhu...Masa ni la lepas sesi pengagihan duit raya cepat-cepat tengok isi kat dalam tu berapa hengget....Cam kan sampul ni sape yang bagi, sampul tu sape yang bagi. Boleh la tahu orang ni bagi berapa orang tu bagi berapa....(buruk perangaikan?) hahahaha......mak sape lah tu... Sape yang bagi sikit dari tahun lepas tu memang la jadi bahan......kedek.....
Bukan kita sorang jer macam tu.....adik beradik yang lain pun sama gak......betul tak? Ngaku jer la.....Apa-apa pun tak kisah la bagi sikit ke banyak, yang penting kita dapat berkumpul ramai-ramai....
Lepas dah settel sesi salam dan agih duit raya tu, masuk pula sesi bergambar. Ini adalah wajib ketika beraya kat rumah ni sebab bila dah mula jalan raya nanti memang tak kan la nak bergambar-gambar ni. Lagipun nak jadikan kenangan dengan baju raya baru....
Sepatutnya tema warna baju raya kami semua tahun ni ialah warna kelabu, tapi ada 2-3 adik kita yang tak dapat info ni dengan jelas, jadinya tak sedondon la kami semua......
Bagi kita warna kelabu ni adalah kali yang ketiga sepanjang kita berkahwin. Kita pernah gunakan tema warna ni pada tahun 2006, 2009 dan 2011. Sayang la tak tukar baju baru....Membazir la nak buat baju melayu, kos nya mahal. Kita dan anak-anak je yang pakai baju baru.....
My big family...tapi masih ada yang tiada dalam gambar ni... |
Kita bersama Sayang dan anak-anak... |
Adik beradik kita (adik yang bongsu takde dalam gambar) |
Menantu mak dan abah (sorang tiada) |
Cucu-cucu mak dan abah (sorang tiada) |
Kita dan sayang |
Si jelita (jetita la sangat...) kat rumah uwan |
Bersama sebahagian mak sedara, sepupu sepapat dan anak sedara |
Tu jer setakat ni. Nanti sambung lagi......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan