Nuffnang Ads

Selasa, 3 Januari 2012

Berbowling di tengah minggu

Kita ni susah sikit nak join xtvt pada hari bekerja sebab tempat kerja adalah agak jauh dan kena bangun awal pulak setiap pagi untuk ke tempat kerja. Kalau kita join jugak rasa macam tak larat jer kalau nak pergi kerja keesokan harinya.

Tapi baru-baru ni kita join jugak sebab Sayang memang dah teringin nak main bowling. Ni semua adik kita punya plan, kita ikut jer. Kita dah malas nak plan xtvt macam ni, penat la........

Kami main bowling pada hari Rabu malam kat Seremban Perade. Tak ramai yang join pun, hanya family kita, Ita dan Atih. Sebenarnya badan kita penat walaupun hari Rabu tu kita cuti (uruskan pertukaran sekolah anak-anak), tapi ikutkan jer la.......lagipun Sayang nak join, kalau Sayang kata tak nak pun kita tak kisah....


Disebabkan badan penat maka gambar pun tak banyak. Ni la satu-satunya gambar yang sempat kita snap, itu pun nak tarik perhatian Dina yang tengah merajuk tu.....

Isnin, 2 Januari 2012

Tahniah

Awal tahun ni kita mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada orang-orang disekeliling kita. Kita nak ucapkan tahniah kepada 2 orang sepupu kita yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.

Aminah, walaupun orangnya biasa-biasa jer dan low profile tapi anda adalah seorang yang hebat kerana telah berjaya mendapat 9A. Tahniah jugak sebab dapat membuatkan mak dan abah bangga dengan kejayaan anda.

Buat Shikin juga tahniah angah ucapkan kerana berjaya dapat 7A. Teruskan usaha anda untuk mendapat keputusan yang terbaik bagi SPM kelak seterusnya berjaya memasuki ke universiti yang anda berdua idam-idamkan.

Tahniah juga buat kawan-kawan kita yang selamat melahirkan anak-anak yang comel. Maaf, tak sempat nak pergi ziarah lagi. Iza, tahniah dapat baby girl pada 29 Dec 2011. Ahamdulillah, dah dapat sepasang. Buat kak Ijun, tahniah jugak dapat baby girl pada 30 Dec 2011.

Kita pulak yang terlebih happy bila dapat tahu yang mereka berdua dah selamat bersalin. Tak pasal-pasal jer senyum sorang-sorang sebab happy dengar kawan-kawan dapat menimang cahaya mata, rezeki dari Allah....


8 tahun

Dah masuk tahun baru, baru la terhegeh-hegeh nak buat entry pasal anniversary. Tanggal 19 Dec 2011 merupakan ulang tahun perkahwinan kita yang ke 8. Macam tak caye jer dah 8 tahun kita kawin.

Memang dah plan nak pergi bercuti masa anniversary kali ni. Bermacam halangan dan dugaan nak pergi bercuti kali ni, tapi tak mengapa kita tetap bersyukur sebab masih boleh bersama-sama mengharungi semua tu bersama Sayang dan anak-anak.

Setakat ni kita tak pernah terlintas lagi nak pergi bercuti tanpa anak-anak. Walaupun ragam mereka kekadang membuatkan kita naik angin, tapi kalau bercuti tanpa mereka rasa macam tak lengkap pulak.

Percutian kali ni tak la jauh mana, hanya kat Melaka jer.....Tak tau la, kita orang memang suka bercuti di Melaka. Setiap tahun mesti akan bercuti ke Melaka. Tahun 2011 dah 2 kali bercuti ke Melaka. Banyak tempat yang nak dilawati kat Melaka ni. Setiap tahun pergi Melaka pun masih ada tempat yang kami tak pergi melawat lagi.

Di Istana Kesultanan Melaka



Kita dan Sayang setelah 8 tahun berkahwin

Adriana di Taman Larangan

Kita dan Adriana yang sentiasa overrrr.....

Cubaan mengambil gambar melompat

Pose macho dari Harith

Adriana yang suka bergambar





Tak dapat nak mandi lama-lama sebab angin kuat, cepat sejuk. Swimming pool kat tingkat 7.



Kita ke Melaka pada 18 Dec - 20 Dec. Ingatkan bila pergi hari bekerja orang tak ramai, tapi sama jer macam pergi pada hari cuti. Biasala......cuti sekolah.......semua orang pun nak pergi bercuti......

Apa-apa pun kita sangat gembira dengan percutian ini bersama Sayang dan anak-anak. Semoga anniversary akan datang akan ada lagi percutian yang lebih menarik, Insya Allah......


Selasa, 27 Disember 2011

Entry Sentap : Tak sangka....

Rasa kecik hati ni bila dapat tahu 'sesuatu' perkara tu. Tak sangka tanggapan orang kat kita macam tu. Kita rasa bila buat benda tu untuk kebaikan, rupa-rupanya pandangan orang amatlah berlainan dari niat sebenar kita.

Kat sini kita belajar jangan terlalu rapat atau baik dengan orang dan terlalu nak menjaga hati orang sebab kita tak tahu lagi samada orang tu dapat terima apa yang kita buat. Apa yang paling penting pandangan atau persepsi kita tak semestinya serupa.

Mungkin orang tak tahu apa masalah kita dan masalah disebalik segala tindakan kita dan mereka juga takkan cuba nak memahami kita. Malah kita yang seharusnya memahami situasi atau masalah mereka.

Bila hati ni dah tersentuh.......maaflah........kita tak dapat nak jadi macam dulu lagi.......Dah banyak kejadian macam ni berlaku kat kita dan hati ni dah terlalu banyak sangat terluka dengan benda-benda macam ni.......

Jumaat, 23 Disember 2011

Family day

Sabtu lepas family Sayang buat family day dekat Bali Villa (homestay). Susah sikit nak cari tempat ni sebab kawasannya tersorok sikit. Lokasi tempat ni adalah kat pekan Pantai (jalan nak pergi Jelebu).

Tempat tu memang cantik. Family day tu dari 17.12.11 hingga 18.12.11. Tapi kita dapat pergi pada petang Sabtu tu jer sebab ada plan lain pulak lepas tu. Masa dia orang main sukaneka kita tak sampai lagi.  Tapi semua orang yang terlibat masa sukaneka tu semuanya enjoyyyyyy......







Malam pulak acara bbq dan karok. Seperti biasa, kita takkan 'menyumbangkan' suara di khalayak ramai. Suara emas kita ni hanya diperdengarkan (ada ke perkataan macam ni) untuk suami dan anak-anak sahaja.....(nak ke dia orang dengar suara kita ni????)

Kami balik ke rumah pukul 12 tengah malam, yang lain-lain tu tidur kat sana la.....Tapi ada kejadian pulak berlaku otw nak balik rumah tengah-tengah malam tu.......

Apa yang berlaku???? Kita nantikan sambungannya pada episod akan datang........hahaha....sengal.........

Jumaat lepas

Hari Jumaat minggu lepas kita telah keluar dari kawasan tempat kerja untuk makan tengahari. Dah lama sangat tak keluar dari kawasan tempat kerja ni untuk makan tengahari.

Nasib baik ada Katie yang mempelawa kita untuk makan kat luar. Kalau harap kita, masih makan kat kantin ni la jawabnya.....Malas nak drive punca tak nak keluar sebab kebiasaannya balik kerja nanti nak drive lagi. Tambahan hari Jumaat biasanya highway PLUS sesak sikit. Kalau hari tu hujan, bertambah lagi la sesaknya.....

Kami makan kat restoran 'Asam Pedas'. Lepas makan tu Katie nak cuci mata tengok tudung kat 'Fareeda'. Punya la ramai orang kat dalam kedai tu. Siap tunggu depan pintu bilik jahitan lagi untuk dapatkan tudung yang terbaru. Tak pernah kita tengok orang 'gila tudung' macam tu. Bagi kita tudung-tudung tu tak la murah, tapi orang yang ada dalam kedai tu punya borong macam dah tak ada hari esok untuk beli lagi tudung tu....

Kami tak beli apa-apa pun kat 'Fareeda' tu. Rimas sebab terlalu sesak dalam kedai tu. Otw balik, nampak pulak Ice Room. Maka menyinggah pulak untuk makan 'Blueberry Snow Ice'.....Dasar perut.....tuuutttttt.......hahaha.......




Kami order satu jer, share......jimatttt........huhuhu............

Rabu, 21 Disember 2011

Dah jadi acara tahunan

Macam dah jadi acara tahunan la pulak ke MV setiap hujung tahun. Rasanya dah 4 tahun berturut-turut kita ke MV setiap bulan December.

Ini semua gara-gara nak beli perfume. Setiap kali menjelang Krismas kan banyak sale untuk perfume. Seronok sangat kalau shopping perfume masa ni, macam-macam free gift boleh dapat dan terdapat promosi-promosi yang menguntungkan.

Dah lama sebenarnya nak beli perfume Clinique (Happy) ni....baru sekarang tercapai...



Free gift : Maskara & Lip Gloss

Kebetulan masa kita pergi tu ada karnival MPH, so beli la jugak apa yang patut kat karnival tu. Anak-anak pulak sibuk nak mengumpulkan belon.....



Beratur untuk dapatkan belon berbentuk pedang



Adriana pun nak pedang jugak....





Tengok la kita dan Adriana yang over tu....Harith pulak macam takde perasaan....huhuhu....

See.....anak beranak bermulut luas......korang boleh?