Nuffnang Ads

Isnin, 5 Mac 2012

Nyarisss...

Pagi tadi punya kesah. Nasib tak jadi apa-apa kat kita pagi tadi. Seperti kebiasaan, hari Isnin memang akan ada banyak kereta kat highway waktu pagi.

Kita keluar rumah macam biasa jer pagi tadi. Masa kat highway just follow jer kereta kat depan, tapi kalau dah slow sangat tu kita potong jer la....Kita bawak kereta menggunakan kelajuan yang standard jer 110km/jam. Selalunya kita suka guna laluan tengah-tengah sebab tak laju dan tak perlahan sangat.

Sekali pagi tadi ntah macam mana tiba-tiba muncul satu kayu beruti kat tengah-tengah jalan tu. Kita tak sempat nak elak dan terus langgar kayu beruti tu sampai kereta hilang kawalan sekejap. Nasib baik la ketika hilang kawalan ke sebelah kiri tu tiada kereta lain.....Kalau tak, dah tentu kereta kita kena langgar pagi tadi.

Seram sejuk kita rasa kat dalam kereta pagi tadi. Menggigil satu badan.....Walau apapun kita tetap bersyukur sesangat sebab tiada yang buruk berlaku pada kita.....

1 ulasan:

Lynn berkata...

Lynn pernah terlanggar kayu juga..kat tengah highway..bedebam...terus pecah bawah keta(tak tau nak sebut ape..)