Nuffnang Ads

Selasa, 12 Julai 2011

Apakah maknanya semua ini

Tajuk macam gempak jer kan? Kita memang suka buat tajuk yang gempak-gempak ni padahal citernya biasa-biasa jer. Sesaje nak tarik perhatian supaya orang tertarik nak baca ini cerita.

Kita rasa semua orang bila baca jer tajuk yang hot/gempak sikit, berlumba-lumba nak baca kesah seterusnya. Itu semua strategi tau. Wartawan-wartawan tu semua selalu buat tajuk yang gempak untuk lakukan majalah dia orang padahal citernya suam-suam kuku jer.....Pandai betul dia orang kan?

Kesah kita ni macam ni, minggu ni kita rasa malas jer nak pergi kerja. Nak bangun pagi pun macam liat sangat. Rasa macam tilam tu dah melekat kat badan sebab susah sangat nak bangun. Mata pulak macam dah tak boleh nak bukak.

Kat opis pun sama, takde mood nak buat kerja (padahal bukan banyak sangat pun kerja). Rasa mengantuk jer....Pagi-pagi dah mengantuk tau!

Apakah makna semua ni? Adakah kita perlu pergi bercuti? (motifff???? ) atau adakah kita perlu menghadiri kursus motivasi untuk memotivasikan diri? Korang pun punya masalah yang sama macam kita?

Macam mana nak naikkan semangat bekerja semula? Perlukah bos bagi APC tahun ni supaya kita lebih bersemangat untuk bekerja? (hahaha tak sudah-sudah berangan nak APC). Jangan harap la nak dapat APC tahun ni kalau kerja pun macam hampeh.....

Kenapa ye jadi macam ni?

Isnin, 11 Julai 2011

Kualiti udara tidak sihat

Bukan orang je tak sihat, kualiti udara pun boleh tak sihat tau. Hari ni jerebu adalah agak teruk di Bangi. Keluar lunch tadi sampai sakit kepala di buatnya disebabkan jerebu ni.

Kalau korang nak tahu definasi jerebu ni adalah seperti di bawah.

"Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan. Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembentukan jerebu" (Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia).

Bersama-samalah kita menjaga kualiti udara. Elakkan pembakaran terbuka. Kita tak sanggup berada di dalam keadaan kualiti udara yang teruk sebab mudah nak jatuh sakit. Keadaan ini adalah tidak sesuai terutama untuk kanak-kanak dan pengidap asthma. 

Kawan kita dah balik

Seronoknya pagi ni bila tengok kawan kita dah kembali bekerja. Kita rasa dah hampir 3 bulan tak jumpa dia.

Dia pergi Wageningen, Netherland untuk training selama 2 bulan. Tapi sebelum dia pergi tu, kita pulak mc 3 minggu sebab keguguran. Jadinya lebih kurang 3 bulan la tak jumpa dia.

Pagi ni bila nampak jer dia masuk lab terus jerit-jerit kegembiraan dapat jumpa dia, siap peluk-peluk lagi. Rasa lama sangat la tak jumpa dia. Kita suka berkawan dengan dia sebab dia banyak bagi aura positif kat kita dan dia adalah seorang yang sempoi (bagi kita la, tak tahu la orang lain macam mana).

Bukan la nak memuji lelebih kat dia, tapi kita selesa berkawan dengan dia.

Grace bersama Kak Ijun. Gambar Grace sesorang takde pulak dalam simpanan kita.

Ole-ole dari Netherland.
Terharu kita sebab dia bagi kita perfume. Ingat jugak dia yang kita ni adalah peminat perfume. Apa-apapun selamat bekerja Grace, love you.

Ahad, 10 Julai 2011

Transformers

Korang dah tonton ke transformers yang baru keluar kat wayang baru-baru ni? Kalau korang tak tengok lagi kita saje la nak eksyen kat korang sebab kita dah pergi tonton citer tu.

Hari Jumaat kan kita cuti, jadinya kita dan Sayang bawa anak-anak pergi menonton wayang di GSC Terminal One sana. Nak tengok kat TGV Jusco, takut takde parking sebab ada J Card Members' Day. Lagipun malas la nak bersesak-sesak kat Jusco tu.

4 tiket untuk kami sekeluarga

Tengok betul-betul ye, Transformers......

Beli pop corn dan minuman (untuk Adriana sebenarnya sebab dia tak berapa suka tengok wayang ni). Tak nak dia kacau kami menonton, bagi jer makanan kat dia.


Dalam panggung. Kami pilih seat yang paling belakang sekali.

Tak dapat apa dihajati

Korang ingat tak minggu lepas mengenai keterujaan kita untuk shopping sakan sempena J Card Members' Day (hanya untuk pemegang kad Jusco sahaja).

J Card Members' Day adalah pada 8.7.2011 (Jumaat) dari pukul 8am hingga 11pm. Korang kalau nak tahu, kita siap ambil cuti untuk pergi J Card Members' Day ni tau. Dah la hari Selasa hingga Khamis pergi kursus, hari Jumaat pulak cuti, mau sakit jer hati bila orang tengok kita seminggu tak pergi opis.

Punyalah gigih, pagi-pagi lagi kita dah keluar rumah untuk shopping sakan. Ingatkan tak la ramai orang lagi, rupa-rupanya dah ada orang yang dah nak balik bila kita sampai Jusco tu dalam pukul 8.30am. Kata mula buka pukul 8am, camana dia orang boleh siap shopping awal?

Kita shopping sampai pukul 1 lebih macam tu. Pada kita, harga barang-barang dia biasa jer, tak la murah mana pun tapi kelebihan hari ni ialah dengan setiap pembelian RM100 akan dapat voucher sebanyak RM10. Jadinya kalau korang shopping hingga RM1000, korang akan dapat voucher RM100.

Selain dapat voucher korang juga dapat kumpul point.

Tujuan asal kita adalah nak cari kasut. Memang dah jumpa kasut yang berkenan di hati dan diskaun 30% tapi kasut tu adalah last pair. Sedih giler......Cari-cari lagi, memang tak jumpa yang berkenan, lagipun Jusco Seremban 2 ni tak banyak sangat pilihan kasut. Nampaknya kena pergi shopping tempat lain pulak ni (boleh terima tak alasan kita ni?)

Dekat outlet luar Jusco pun kita cari jugak, tapi takde yang berkenan. Tu tengah memilih kasut la tu.

Hasil shopping'an pada hari tersebut.
Dah 5 jam ber'shopping' pun masih tak dapat apa yang dihajati. Benda lain pulak yang dibeli.

Jem

Jem yang menyusahkan. Hari Rabu ari tu adalah jem yang amat teruk, boleh dikatakan satu Malaysia terlibat.

Punyalah bengang pada hari tu sebab kita keluar macam biasa tapi sampai tempat kursus adalah lewat. Kita dari opis pukul 8am dan perjalanan ke USJ tu cuma memakan masa selama 1/2 jam jer. Tapi hari Rabu tu kita sampai adalah dalam pukul 9.30 disebabkan jem yang melampau tu.

Perjalanan untuk 30km yang sepatutnya hanya 1/2 jam dah jadi 1 1/2 jam.

Kita rasa ini semua pasal kawalan polis sempena perhimpunan 'Bersih' tu. Menyusahkan betul.....tak suka betul la......

Punyalah sakit kaki (sebab pakai kereta manual). Dah tu sesampai jer tempat kursus terus mulakan kursus, tak ada masa nak rehat-rehat sekejap. kalau rehat nanti balik lagi lewat.

Korang terlibat tak dalam kesesakan pada hari berkenaan?

Hari Khamis tu pun sama. Tapi kejadian tu waktu nak balik. Jem agak teruk jugak selepas tol Sungai Besi disebabkan lori terbabas area nak keluar tol Kajang sana.

Akibatnya hari Khamis tu kita sampai rumah dekat nak pukul 8pm.

Part 2 : Molecular Biology

Ok, hari ni kita dah dapat upload gambar, tapi punyalah lama nak upload gambar-gambar ni.

Masih tak abis lagi citer pasal kursus ni.

Ni la rupanya tempat kursus kita sepanjang 3 hari tu. Kita duduk sebelah Kak Ijun (yang ada botol air warna kuning tu la tempat duduk kita)

Bersama Kak Ijun buat lab work.

Bersama Shikin, Dr. Ali dan Ms. Lu di dalam lab.

Sepanjang 3 hari berkursus tu makan tengahari kami adalah di The Summit. Hari pertama kami makan di restoran The Black Canyon Coffee. Hari kedua pula kat Little Taiwan dan hari ketiga kami makan di Sawasde Thai Kitchen & Cafe. Memandangkan kita hanya bawa camera pada hari ketiga, jadi gambar-gambar untuk hari pertama dan kedua adalah tidak ada.

Untuk minum pagi dan minum petang, kami makan kat tea room jer.


Tisu restoran

Bergambar sementara menunggu makanan sampai kat restoran Sawasde
Masa makanan sampai segan pulak nak ambil gambar. Makanya tiadalah kenangan bersama makanan-makanan itu...


Penyampaian sijil oleh Ms. Joyce George (Director of Customer Support Asia Pacific)

Baju ni adalah sourvenier dari Eppendorf.
Sekian, terima kasih.