Nuffnang Ads

Ahad, 10 Julai 2011

Jem

Jem yang menyusahkan. Hari Rabu ari tu adalah jem yang amat teruk, boleh dikatakan satu Malaysia terlibat.

Punyalah bengang pada hari tu sebab kita keluar macam biasa tapi sampai tempat kursus adalah lewat. Kita dari opis pukul 8am dan perjalanan ke USJ tu cuma memakan masa selama 1/2 jam jer. Tapi hari Rabu tu kita sampai adalah dalam pukul 9.30 disebabkan jem yang melampau tu.

Perjalanan untuk 30km yang sepatutnya hanya 1/2 jam dah jadi 1 1/2 jam.

Kita rasa ini semua pasal kawalan polis sempena perhimpunan 'Bersih' tu. Menyusahkan betul.....tak suka betul la......

Punyalah sakit kaki (sebab pakai kereta manual). Dah tu sesampai jer tempat kursus terus mulakan kursus, tak ada masa nak rehat-rehat sekejap. kalau rehat nanti balik lagi lewat.

Korang terlibat tak dalam kesesakan pada hari berkenaan?

Hari Khamis tu pun sama. Tapi kejadian tu waktu nak balik. Jem agak teruk jugak selepas tol Sungai Besi disebabkan lori terbabas area nak keluar tol Kajang sana.

Akibatnya hari Khamis tu kita sampai rumah dekat nak pukul 8pm.

Tiada ulasan: