Nuffnang Ads

Isnin, 28 Februari 2011

2 in 1

Sabtu ari tu kita ke Bukit Jalil untuk melihat anak buah baru. Selamat dilahirkan pada 15.02.2011 tapi baru sempat nak pergi melawat.

Anak buah sebelah Sayang. Sebelah Sayang baby ni merupakan cucu yang ke 26. Koooo.....punyalah ramai....mana taknya, adik-beradik Sayang pun dah 10 orang dan semuanya dah kawin. Haruslah ramaikan?

Anak buah baru ni baby boy. Sebelah Sayang memang ramai lelaki, dari adik-beradik sampailah ke anak buah. Nama baby baru ni Aqryl Denial (lebih kurang la ejaannya). Baby ni besar masa lahir 3.84kg....

Aqryl Denial




Anak-anak kita memang suka kalau pergi rumah Pak Uda dia orang ni sebab dapat mandi kat swimming pool. Jadi, anak-anak tengah mandi masa kita orang makan ni. Jadinya, sambil mak bapak nak melawat anak buah baru, anak-anak dapat la mandi-manda.

Tiada ulasan: