Nuffnang Ads

Isnin, 7 Februari 2011

Ber'bowling' di malam CNY

Orang bangsa Cina sibuk dengan makan besar, kita sekeluarga pulak sibuk main bowling. Kesahnya macam ni. Hari Rabu lepas kita masih bekerja, Sayang kita pulak cuti. Kesiankan anak-anak katanya. Anak-anak dah mula cuti hari Rabu tu. Jadi dia pun ambik cuti untuk bersama dengan anak-anak.

Dia suruh jugak kita cuti tapi tak dapek doooo....Bulan Januari je kita dah ambik cuti 4 hari sebab Harith masuk sekolah dan jaga dia masa asthma. Lagipun kita ada eksperimen nak buat. Bos dah tinggalkan kerja sebelum cuti....

Disebabkan takde benda nak buat kat rumah, jadi Sayang kita terfikir nak main bowling. Jadi tengahari tu dia call kita suruh tanya dengan adik-beradik kita plan main bowling malam tu. Nasib baik mereka takde plan lain lagi, jadi plan untuk main bowling itu berjaya.

Korang nak tahu, abah kita yang paling beriya nak main bowling tu. Siap suruh abang kita pergi ambik dia dengan mak kita kat kampung....

Sibuk bergambar sebelum main


Korang lihatlah betapa meriahnya bila adik-beradik kita dah berkumpul. Macam rombongan Cik Kiah la pulak.



Abah yang tak sabar-sabar menunggu giliran
Yang main malam tu 10 orang (5 lelaki & 5 perempuan) termasuk mak & abah kita. Punya la malu, mak kita lagi terror dari kita. First game abah kita juara & kita dapat no. 8, 2nd game kita dapat no. last sekali iaitu 10. Malunya.....Tapi nasib baik sayang kita juara untuk 2nd game tu.

Gaya seorang juara.....ceewahhh

Jangan gelak tau tengok score kita ni.

Pemain amatur, jadi jumlah jatuhan pin pun macam tu la.....yang penting enjoyyyyyy. Terror  sangat pun bukannya dapat hadiah, ye tak??? Kata-kata orang yang kalah....hahaha

Nak main bowling punya pasal, bawak la anak sekali....kalau tak bawak, sape nak jaga.



Gambar tak berapa clear sebab guna h/phone kita. Nak harapkan gambar dari kamera mahal adik ipar kita tu alamatnya jadi pekasam la citer kita ni. Tapi kalau adik ipar kita dah upload gambar tu nanti, kita akan paparkan pada entry akan datang ye.

Tiada ulasan: