Rumah kita tak terlibat la dengan banjir ni. Nasib baik kawasan rumah kita tu tinggi. Rumah mak kita nasib baik jugak tak banjir. Air setakat memenuhi aras jalan je. Tapi pagi Ahad tu (4 pagi) mak kita dah berpindah ke rumah makcik kita sebab ada rumah yang dah dimasuki air. Takut terleka sikit air dah naik masuk rumah, tu pasal pindah kat rumah makcik kita buat sementara.
Banjir tu satu hal. cuaca sejuk satu hal lagi. Korang perasan tak sekarang ni cuaca sejuk sangat (bagi kita la). Punya la malas nak mandi waktu pagi sebab air dia sujuk mengalahkan sesejuk air perigi (korang tahu tak macam mana sejuk air perigi ni? Kalau tak tahu, pandai-pandailah korang bayangkan). Tapi mesti la kena mandikan barulah freshhh. Lagipun ai tak suka bau busuk2 ni....
Rumah kita mana la ada water heater bagai. Jadi, nak tak nak kena jugak mandi dengan air yang sejuk tu. Petang pun sama, air masih sejuk tambah pulak dengan angin yang ala-ala ribut......
Dah la cuaca sejuk, air pun sejuk, kat office kita lagi la sejuk....korang nak tahu suhu kat office kita, kat bawah tu buktinya.
Korang bayangkanlah.......bayangkan sekarang, now......Dengan suhu air-cond 16.7ยบC dan cuaca kat luar yang memang dah sejuk kita rasakan macam berada di over sea la pulak. Korang rasa tak????
Oleh sebab yang demikian (macam tengah mengarang karangan untuk SPM la pulak rasanya guna ayat macam ni) seharusnyalah kita bersweater je kat office.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan