Mungkin dah ramai baca pasal Nasi Arab Damsyik ni kat fb atau blog, tapi kita nak tulis jugak...
Sebenarnya dah beberapa bulan kita nak makan kat tempat ni tapi macam-macam halangan. Ada sekali tu dah sampai sana, orang pulak ramai langsung tak jadi......
Lokasi Nasi Arab Damsyik ni kat Jalan Paroi/Senawang.
Hari isnin baru-baru ni barulah berpeluang makan di sana. Kita pilih set individu (ayam) 2 set. Tak berani nak order banyak2 takut bukan selera kita. Satu set Nasi arab Damsyik (Ayam) : RM 8.00, (Daging) : RM12.00.
|
Sos tomato & yogurt |
|
Teh 'O' ais + daun pudina |
|
Bahagian isi ayam yang tak habis dimakan |
Kita & Harith memang selera makan nasi ni, tapi Sayang & Adriana tak berapa suka. Nasib baik order 2 jer... Itu pun bahagian Sayang tak habis. Ayam dia punyalah besar, rasa muak pulak nak makan. Sos tomato dia menjadi penyelamat. Sos tu sedap jugak sebab ada rasa pedas & masam.
|
Harith yang feeling jadi raja arab. |
|
Adriana gumbira dapat makan sambil bersila |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan